Monday, May 30, 2022

TAHUN PANDEMIK COVID-19

TAHUN 2020-2021 (TAHUN PANDEMIK COVID -19)

Assalamualaikum.


Lama menyepikan diri dari dunia blog sebab banyak tugas penting yang perlu diselesaikan.

Tempoh menyepi dari 2017-2021.Inshaallah, aku akan aktif kan kembali aktiviti 'memblog' walaupun kandungan blog tidak berapa menarik.

Apa yang aku nak kongsikan ialah dunia dikejutkan dengan ancaman virus durjana iaitu (COvid19) pada 2020. Malaysia juga tidak terkecuali dari ancaman virus ini beribu kematian dicatatkan.

 SEJARAH COVID 19

Berikut adalah kronologi penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

23 Januari

Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) terima laporan tiga kes (dua di Sabah dan satu di Selangor) disyaki dijangkiti coronavirus 2019 (2019-nCoV).

- KKM sahkan kes di Sabah negatif.

24 Januari

KKM maklumkan lapan kontak rapat kepada kes pertama 2019-nCoV di Singapura berada di Johor Bahru dan dikuarantin.

25 Januari

-Menteri Kesihatan (ketika itu) Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, sahkan kes pertama 2019-nCoV babitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Januari.

- KKM nasihatkan jangan melancong ke China jika tiada keperluan.

26 Januari

-KKM rancang tambah alat imbasan suhu badan di pintu masuk negara.

27 Januari

-KKM mengenal pasti 26 hospital di seluruh negara sebagai langkah kesiapsiagaan bagi mengendali kes disyaki jangkitan 2019-nCoV yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan lanjut.

-Kerajaan menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat China dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei serta sekitarnya, berkuat kuasa serta-merta.

28 Januari

-Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri´ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah semua masjid di seluruh negara adakan solat hajat.

-Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menubuhkan Jawatankuasa Pemulihan Pelancongan bagi memantau perkembangan semasa berhubung isu 2019-nCoV.

29 Januari

-KKM sahkan pertambahan tiga kes positif 2019-nCoV, jumlah kumulatif kes positif ialah tujuh.

- Perdana Menteri (ketika itu), Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Malaysia dalam persediaan membawa balik rakyat tempatan dari Wuhan, China.

30 Januari

- KKM sahkan satu pertambahan kes positif 2019-nCoV dalam kalangan kontak rapat (kes kelapan), jumlah kumulatif kes positif 2019-nCoV ialah lapan.

- Sebuah jawatankuasa khas bagi misi bantuan kemanusiaan membawa pulang rakyat Malaysia dari wilayah Hubei, China diaktifkan susulan penularan jangkitan 2019-nCoV di wilayah itu.

- Jawatankuasa diselaraskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama Kementerian Luar, Kementerian Kesihatan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

- Kerajaan Sabah mengambil keputusan menggantung sementara semua penerbangan berjadual dan disewa khas dari China ke Sabah berkuat kuasa serta-merta sehingga diberitahu kelak.

31 Januari

- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan coronavirus sebagai darurat kesihatan dunia.

1 Februari

- Semua warga China dan warga asing yang mengunjungi China dalam tempoh 14 hari disekat memasuki Sarawak sehingga dimaklumkan kelak.

- Kedutaan Besar Malaysia di Beijing menghantar sepasukan peninjau ke Wuhan bagi menyelaras dan membantu proses membawa pulang 120 rakyat Malaysia di wilayah Hubei susulan penularan wabak 2019-nCoV di negara itu.

Pesawat AirAsia AK8264 yang membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan, China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada jam 5.57 pagi 

4 Februari

- Malaysia membawa pulang 107 individu yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan pasangan serta anak mereka yang terkandas di bandar Wuhan, yang disekat pergerakan keluar dan masuk oleh kerajaan China susulan penularan wabak 2019-nCoV sejak 23 Januari.

- Seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 41 tahun dari Selangor, antara dua kes baharu yang dilaporkan positif 2019-nCoV dan satu lagi lelaki warga China berumur 63 tahun yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 18 Januari.

- Pertambahan dua kes baharu positif itu menjadikan jumlah kumulatif kes ialah 10.

- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan menstruktur semula kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (TM2020) dengan menyasarkan pasaran negara baharu susulan isu jangkitan coronavirus 2019.

5 Februari

- Sejumlah 74 orang dikenal pasti melalui pengesanan kontak susulan kes pertama rakyat Malaysia dijangkiti 2019-nCoV. Daripada jumlah itu, 35 kontak rapat dikesan dan sampel diambil daripada mereka serta diletak di bawah Perintah Pengawasan dan Pemantauan.

- Dua daripada 107 individu yang tiba di tanah air menerusi Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) disahkan positif 2019-nCoV, menjadikan jumlah kumulatif kes positif kluster koronavirus di Malaysia ialah 12.

6 Februari

- Seorang wanita rakyat Malaysia menjadi kes pertama jangkitan tempatan dan wanita warga China dari Wuhan menjadi dua individu terbaru disahkan positif virus itu, menjadikan jumlah positif 2019-nCoV di Malaysia ialah 14 kes membabitkan 10 warga China dan empat rakyat tempatan.

7 Februari

- Satu lagi kes positif 2019-nCoV dikenal pasti, menjadikan jumlah kes positif meningkat kepada 15 dengan kes terbaharu membabitkan pelancong wanita berumur 59 tahun dari Wuhan, China yang masuk ke Malaysia pada 21 Januari.

8 Februari

- Seorang wanita warga China dari Wuhan menjadi individu terbaharu positif kluster 2019-nCoV, menjadikan angka keseluruhan jangkitan dalam negara berjumlah 16 kes.

9 Februari

- Seorang wanita tempatan berusia 65 tahun disahkan positif 2019-nCoV, menjadikan angka keseluruhan jangkitan dalam negara 17 kes. Wanita itu adalah ibu mentua kes rakyat Malaysia yang dilaporkan pada 4 Februari, iaitu kes kesembilan.

10 Februari

- Malaysia mencatat 18 kes positif 2019-nCoV termasuk tiga kes pulih sepenuhnya. Kes terbaharu membabitkan seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 31 tahun yang bekerja di Macau dan kembali ke Malaysia pada 1 Februari.

11 Februari

- Kerajaan Malaysia dan Singapura bersetuju menubuhkan satu Jawatankuasa Kerja Bersama berikutan penularan jangkitan 2019-nCoV yang diterajui timbalan menteri kesihatan kedua-dua negara.

12 Februari

- KKM menerima tambahan 26 pengimbas suhu badan yang ditempatkan di pintu masuk negara, menjadikan jumlah keseluruhan ialah 80 berbanding 54 sebelum ini.

- WHO mengumumkan COVID-19, yang bermaksud 'Penyakit Virus Korona' sebagai nama rasmi novel koronavirus 2019.

- Dr Dzulkefly berkata ujian terhadap 550 kontak rapat dan mereka yang bergejala di 18 makmal awam di negara ini mendapati 18 disahkan positif bagi COVID-19.

13 Februari

- Satu lagi kes positif COVID-19 dicatat, menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini meningkat kepada 19. Kes terbaharu membabitkan seorang wanita warga China berumur 39 tahun, rakan kes ke-14 dan anak kes ke-16.

14 Februari

- Tiga lagi diuji positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan 22. Tiga kes terbaharu membabitkan seorang lelaki dan seorang wanita warga China serta seorang wanita warga Amerika Syarikat berumur 83 tahun, yang merupakan antara penumpang kapal persiaran yang singgah di Kemboja pada 13 Feb.

27 Februari

- Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Interim, mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bagi menangani ekonomi daripada kesan penularan COVID-19.

28 Februari

- Kes baharu COVID-19 di negara ini bertambah tiga, menjadikan jumlah pesakit yang disahkan positif 25 orang, dengan 22 sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

- Pesakit ke-23 adalah wanita rakyat Malaysia yang kembali ke tanah air dari Jepun, pesakit ke-24 seorang wanita Jepun berusia 41 tahun dan bekerja di Malaysia manakala kes ke-25 lelaki Itali berusia 54 tahun yang berkahwin dengan rakyat Malaysia dan tinggal di negara ini.

1 Mac 2020:

- KKM mengesahkan empat lagi kes positif jangkitan COVID-19 di negara ini, menjadikan jumlah keseluruhan 29 kes.

- Kes ke-26 adalah berusia 52 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke Shanghai, China pada pertengahan Januari, kes ke-27 adalah jururawat pelatih wanita berusia 20 tahun yang menjalani latihan sangkutan jangka pendek di hospital swasta yang merawat kes ke-24 manakala kes ke-28 adalah lelaki berusia 45 tahun, rakan sekerja kes ke-25 dan kes ke-29 pula membabitkan wanita berusia 35 tahun yang dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada 21 Februari.

3 Mac

- KKM mengesahkan tujuh kes positif COVID-19 membabitkan warga tempatan menjadikan jumlah terkini ialah 36. Semua kes baharu adalah kontak rapat kepada kes positif ke-26 pada 29 Februari.

4 Mac

- Sebanyak 14 kes baharu COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif di Malaysia meningkat kepada 50. Kes positif COVID-19 ke-31 hingga ke-50 adalah kontak rapat bagi kes ke-26.

5 Mac

- Lima lagi individu disahkan positif COVID-19, dikenal pasti sebagai kontak rapat kes ke-26, menjadikan jumlah kumulatif positif virus itu kepada 55.

6 Mac

- Sebanyak 28 individu disahkan positif COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif 83 kes.

7 Mac

- Sebanyak 10 kes baharu COVID-19 dilapor, menjadikan jumlah kumulatif 93.

8 Mac

- Enam kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 kepada 99 kes. Semua kes adalah kontak rapat kluster kes ke-26.

9 Mac

- Sebanyak 18 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 di Malaysia ialah 117. Satu daripada kes baharu, iaitu kes ke-101 membabitkan seorang lelaki yang pulang dari Iran.

10 Mac

- Sebanyak 12 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia setakat ini 129. Kes positif membabitkan pesakit dalam siasatan (PUI) jangkitan COVID-19, kontak rapat dan anggota Misi Bantuan Kemanusiaan.

11 Mac

2020:

- Sebanyak 20 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kes kumulatif di negara ini meningkat kepada 149.

12 Mac

- Sembilan kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif di negara ini ialah 158.

- WHO mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik selepas mengambil kira peningkatan ketara kes di negara selain China.

- Malaysia belum mengalami kes sporadik COVID-19. Kes ke-131 yang sebelum ini dikatakan sporadik tidak tepat setelah siasatan lanjut yang dijalankan KKM mendapati pesakit adalah antara peserta perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac.

13 Mac

- Sebanyak 39 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif di negara ini meningkat kepada 197. Daripada kes itu, sebanyak 38 dikesan dalam kalangan PUI jangkitan COVID-19 manakala satu kes adalah kontak rapat dan empat kes dilaporkan memerlukan bantuan pernafasan serta ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan diberi rawatan anti-viral.

14 Mac

- Sebanyak 41 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 238. Semua kes baharu dikaitkan dengan kluster perhimpunan tabligh membabitkan 37 kes PUI manakala empat lagi adalah kontak rapat.

15 Mac

- Sebanyak 190 kes baharu dilaporkan positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 428 kes. Berdasarkan siasatan awal, kebanyakan kes baharu adalah berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.

16 Mac

- Sebanyak 125 kes baharu dilaporkan positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 553. Sejumlah 95 daripada 125 kes baharu dikaitkan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.

- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula 18 Mac hingga 31 Mac.

CUKUPLAH AKU CERITAKAN SERBA SEDIKIT SEJARAH DATANGNYA VIRUS INI. NANTI KORANG MUAK PLAK KAN..HEHEHE.

wassalamualaikum wbt.

 

Wednesday, March 30, 2016

TAHUN BARU 2016

Assalamualaikum

Lama sangat rasanya blog ini tidak berpenghuni. disebabkan kesibukan kerja ditambah dengan bermacam-macam program peringkat daerah dan jabatan, maka jarang la blog ini dapat dikemas kini. Sebelum aku berleter panjang, aku nak ucapkan Selamat tahun Baru 2016, Salam Maulidul Rasul, Selamat Tahun Baru Cina kepada semua.

Tiba-tiba hari ini terasa semacam ingin menjenguk blog sendiri yang dah lama kesepian. Rasa bersalah pada diri bila lihat blog ini sepi begitu sahaja.. so, inilah antara aktiviti terbaru aku..

                 1. MAJLIS KEMAHKOTAAN DYMM SULTAN JOHOR 23/3/2015

 MENJADI PEGAWAI PROTOKOL DAN PENGIRING KEPADA DELEGASI KEPADA 
TYT SARAWAK TUN PAHIN  MUHAMMAD TAIB MAHMOOD . DOUBLE TREE HOTEL





2. KURSUS TEAM BUILDING DI SAVANNAH HILL, ULU TIRAM.

 ini adalah sukaneka yang kami adakan sebelum kursus teambuilding sebenar dijalankan. kira bagi staff semua happy-happy la... takde la stress diorang berkursus kan kan..









Thursday, August 1, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umaat Islam di Malaysia, semoga Aidilfitri tahun ini memberikan kegembiraan buat kita semua. 

Aku ingin berkongsi pengalaman penulis bersama keluarga semasa kecil. Apabila menjelang saja malam Aidilfitri, kami adik beradik akan sibuk membantu Ibu mengemas rumah, memasang langsir, menukar sarung kusyen, maklumlah kami ni adik beradik lelaki ramai..7 orang, jadi kerja-kerja mengemas rumah ni ibu serah pada kami semuanya namun, ibu bertindak sebagai penyelia memantau, sebab ibu sibuk di dapur masak kan.. yang bestnya, juadah raya kami bukannya ketupan atau lontong.. kami adik beradik suka makan nasi, so makanan kami pagi raya ialah nasi.. tak kiralah nasi mnyak ke.. nasi tomato ke..nasi briyani ke.. asalkan nasi. lagi satu hal..kadang-kadang jiran akan hantar juadah di pagi raya..semuanya ketupat.. so kami buat kelainan la untuk membalas juadah mereka tu.. bab kuih raya masa aku kecil ibu selalu la buat kuih raya..macam-macam jenis kuih..kami adik beradik lelaki tolong..(kesian kan..) yang pasti muruku ibu tetap di hati.. (sedap wooo)

Tahun ni aku happy sebab hari raya bersama anak dan isteri..(anak lahir 24/6/2013), bertambah keceriaan la aku tahun ni.. jom datang rumah...selamat hari raya..!!!!

Wednesday, May 8, 2013

PILIHANRAYA MALAYSIA KE-13


Pilihanraya Umum ke-13 telah melabuhkan tirai, namun sehingga kini masih kedengaran suara rakyat membicarakan tentang pilihanraya baik dari isu pengundi hantu, dakwat kekal, dan keputusan pilihanraya.

keputusan pilihanraya kali ini tidak memeranjatkan penulis, penulis telah menjangkakan akan berlaku kecenderungan kepada pembangkang kali ini. jelas menunjukkan DAP banyak mendapat kemenangan kerusi di parlimen. ini bermaksud hasil kerja kuat parti tersebut telah berjaya mempengaruhi minda rakyat dengan slogan 'ini kalilah dan  5 mei kita ubah'. sebagai orang Melayu, penulis rasa kecewa apabila pengundi muda melayu yang turut memberi kemenangan kepada DAP yang jelas menolak Islam dan Melayu. sepatutnya generasi muda mengambil iktibar perkara 13 Mei 1969. kepada Kerajaan yang baru, penulis berharap semua akujanji yang dibentangkan semasa kempen pilihanraya ditunaikan agar rakyat berpuashati. kerajaan baru juga hendaklah lebih terbuka dalam isu media massa dan memberi liputan yang menyeluruh di setiap negeri, kini MCA mula merasakan kedudukan mereka didalam BN sudah tidak relevan dan penulis merasakan tidak mustahil suatu hari nanti MCA akan menyertai pembangkang bagi mendapat sokongan kaum cina. Barisan Nasional harus mengkaji dan membuat post-mortem secepat mungkin dan mengenal pasti isu sebenar.

Sebagai petugas pilhanraya ke-13, penulis melihat sistem pilihanraya kita masih baik walaupun ada sedikit cacat celanya, namun penambahbaikan itu jelas ada. Jika diimbas PRU ke12, SPR tidak menggunakan dakwat hitam (kekal) tetapi disebabkan desakan pembangkang, maka PRU ke13 buat pertama kalinya menggunakan dakwat kekal. Namun timbul pula isu dakwat tersebut tidak kekal. Penulis merasakan isu ini timbul apabila ada pihak yang 'bersungguh-sungguh' benar ingin menghilangkan dakwat tersebut bagi menguji kredibiliti SPR berhubung dakwat kekal, namun bagi sesetengah pihak, dakwat tersebut akan kekal sekiranya ianya dibasuh seperti biasa sahaja, dan bukan niat untuk menghilangkan dakwat tersebut dengan 'bersungguh-sungguh' dan majlis fatwa telah menfatwakan bahawa dakwat tersebut sah untuk dibawa dalam solat. Jadi penulis berpendapat bahawa pihak yang mempertikaikan dakwat hitam yang digunakan oleh SPR sebagai pihak yang sengaja untuk memburukkan kredebiliti SPR. 

Selain isu dakwat hitam, isu keputusan pilihanraya juga menjadi hangat kerana Ketua Pembangkang DSAI mempertikaikan keputusan pilihanraya kali ini (bukan kali ini sahaja beliau mempertikaikan). Namun jika dilihat pembangkang telah menambah kerusinya di parlimen dan persoalannya, Di manakah ketidakadilan dan ketidak telusan keputusan pilihanraya? adakah beliau merasakan undi majoriti yang dimenanginya berkurangan menyebabkan beliau mempertikaikan keputusan pilihanraya kali ini? pilihanraya adalah platform untuk rakyat membuat keputusan untuk memilih pemimpin, justeru, jika undi majoriti yang dimenanginya merosot, maka beliau harus menerima hakikat bahawa rakyat tidak semestinya menyokong beliau terus-menerus kerana itu adalah kuasa rakyat. Saya suka menjadikan pendapat Dato Saifuddin Abdullahyang telah tewas dalam pilihanraya kali ini, beliau menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka dan tidak mempertikaikan langsung keputusan rakyat tidak memilih beliau. ini baru dikatakan pemimpin sebenar. 

Baiklah, jika benar ada ketidaktelusan di dalam keputusan pilihanraya, apa yang perlu dibuat?  Jabatan peguam negara telah menyatakan bahawa sekiranya terdapat mana-mana pihak yang tidak puas hati dengan keputusan pilihanraya kalai ini, bolehlah membuat petisyen di mahkamah tinggi dalam tempoh 21 dari keputusan pilihanraya diumumkan. untuk lebih jelas.. penulis melampirkan tatacara tersebut.


UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 5
AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954
BAHAGIAN VII
PETISYEN-PETISYEN PILIHAN RAYA

Pelantikan dan kuasa Hakim Pilihan Raya

33. (1) Tiap-tiap petisyen pilihan raya hendaklah dibicarakan oleh Hakim Besar
atau oleh seorang Hakim mana-mana Mahkamah Tinggi yang dinamakan oleh
Hakim Besar bagi maksud itu:
Dengan syarat bahawa Hakim Besar tidak boleh menamakan seorang Hakim
sesuatu Mahkamah Tinggi yang baginya dia bukan Hakim Besarnya tanpa
berunding dengan Hakim Besar Mahkamah Tinggi itu.
(2) Saksi hendaklah disepina dan mengangkat sumpah mengikut cara yang
hampir-hampir serupa, sebagaimana hal keadaan membenarkan, seperti dalam
perbicaraan oleh Mahkamah Tinggi pada menjalankan bidang kuasa sivil asalnya
dan hendaklah tertakluk kepada penalti yang sama kerana pemberian keterangan
palsu.
(3) Dalam perbicaraan sesuatu petisyen pilihan raya di bawah Akta ini, Hakim
Pilihan Raya boleh, dengan perintah yang ditandatangannya sendiri, memaksa
kehadiran mana-mana orang sebagai saksi yang pada hematnya ada kenamengena
dalam pilihan raya yang dimaksudkan oleh petisyen itu, dan mana-mana
orang yang enggan mematuhi perintah itu adalah bersalah kerana menghina
mahkamah. Hakim Pilihan Raya itu boleh memeriksa mana-mana saksi yang
dipaksa sedemikian supaya hadir atau mana-mana orang dalam Mahkamah,
walaupun saksi itu tidak dipanggil dan diperiksa oleh mana-mana pihak kepada
petisyen itu. Selepas pemeriksaan seseorang saksi sebagaimana tersebut dahulu
oleh Hakim Pilihan Raya, saksi itu boleh diperiksa balas oleh atau bagi pihak
pempetisyen dan responden, atau salah seorang daripada mereka.
(4) Melainkan jika selainnya diperintah oleh Hakim Besar, segala interlokutori
berkaitan dengan sesuatu petisyen pilihan raya boleh diurus dan diputuskan oleh
mana-mana Hakim Mahkamah Tinggi dan keputusannya adalah muktamad.
Siapakah yang boleh mengemukakan petisyen
34. Sesuatu petisyen pilihan raya boleh dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi
oleh mana-mana seorang atau lebih daripada orang yang berikut:
(a) seseorang yang telah mengundi atau yang telah ada hak untuk mengundi
dalam pilihan raya yang dimaksudkan oleh petisyen itu;
(b) seseorang yang menuntut sebagai telah ada hak untuk dilapor pilih atau dipilih
dalam pilihan raya itu; atau
(c) seseorang yang mengatakan bahawa dia telah menjadi seorang calon dalam
pilihan raya itu.

Relief yang boleh dituntut

35. Semua atau mana-mana daripada relif yang berikut yang pempetisyen
mungkin berhak kepadanya boleh dituntut dalam sesuatu petisyen pilihan raya:
(a) suatu perisytiharan bahawa pilihan raya itu adalah tidak sah;
(b) suatu perisytiharan bahawa orang itu telah tidak dipilih dengan sempurna atau
sepatutnya telah tidak dilapor pilih;
(c) (Dipotong oleh Akta A1177);
(d) jika kerusi itu dituntut untuk seseorang calon yang tidak berjaya atas alasan
bahawa dia telah mendapat majoriti undi yang sah di sisi undang-undang, suatu
tafahus.
Masa untuk menyelesaikan perbicaraan petisyen pilihan raya
35A. Perbicaraan tiap-tiap petisyen pilihan raya hendaklah diselesaikan tidak lewat
daripada enam bulan dari tarikh petisyen pilihan raya itu dikemukakan.
Keputusan Hakim Pilihan Raya
36. Pada akhir perbicaraan sesuatu petisyen pilihan raya, Hakim Pilihan Raya
hendaklah-
(a) memutuskan sama ada calon yang pengaduan telah dibuat terhadap lapor
pilihan atau pemilihannya itu telah dilapor pilih atau dipilih dengan sewajarnya
atau sama ada pemilihan itu terbatal; dan
(b) mengumumkan keputusan itu di mahkamah terbuka.
(2) Hakim Pilihan Raya itu hendaklah dalam masa empat belas hari selepas
membuat keputusannya di bawah subseksyen (1) membuat perakuan mengenai
keputusannya itu-
(a) kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dalam hal pemilihan seseorang sebagai ahli
Dewan Rakyat, Dewan Undangan, pihak berkuasa tempatan di bawah bidang
kuasa Kerajaan Persekutuan atau dalam hal apa-apa pemilihan lain yang
Suruhanjaya Pilihan Raya mungkin diberi kuasa menjalankannya; atau
(b) dalam hal apa-apa pemilihan lain, kepada Pihak Berkuasa Negeri.
Rayuan
36A. (1) Pempetisyen atau seseorang calon yang pengaduan telah dibuat terhadap
lapor pilihan atau pemilihannya boleh merayu terhadap keputusan Hakim Pilihan
Raya kepada Mahkamah Persekutuan.
(2) Tiap-tiap rayuan di bawah seksyen ini hendaklah dikemukakan dalam masa
empat belas hari dari tarikh keputusan Hakim Pilihan Raya di bawah seksyen 36
dan rayuan itu hendaklah dikemukakan mengikut kaedah-kaedah mahkamah yang
terpakai bagi rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.
(3) Pendaftar Mahkamah Persekutuan hendaklah, dalam masa empat belas hari
dari tarikh keputusan Mahkamah Persekutuan membuat perakuan mengenai
keputusan itu-
(a) kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dalam hal pemilihan seseorang sebagai ahli
Dewan Rakyat, Dewan Undangan, pihak berkuasa tempatan di bawah bidang
kuasa Kerajaan Persekutuan atau dalam hal apa-apa pemilihan lain yang
Suruhanjaya Pilihan Raya mungkin diberi kuasa untuk menjalankannya; atau
(b) dalam hal apa-apa pemilihan lain, kepada Pihak Berkuasa Negeri.
Masa untuk menyelesaikan pendengaran rayuan
36B. Walau apa pun mana-mana undang-undang lain yang berlawanan, sesuatu
rayuan terhadap keputusan seorang Hakim Pilihan Raya hendaklah didengar dan
diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam masa enam bulan dari tarikh
rayuan itu dikemukakan.


Kesan keputusan Hakim Pilihan Raya atau Mahkamah Persekutuan.

36C. Pada akhir tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen 36A(2), jika tiada
rayuan kepada Mahkamah Persekutuan, atau apabila perakuan diberikan di bawah
subseksyen 36A(3), jika terdapat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan, maka
keputusan Hakim Pilihan Raya atau keputusan Mahkamah Persekutuan, mengikut
mana-mana yang berkenaan, adalah muktamad, dan lapor pilihan atau pemilihan
itu hendaklah disahkan atau pilihan raya itu hendaklah terbatal dan dalam hal
sedemikian dalam masa tiga puluh hari dari berakhirnya tempoh itu atau dari
tarikh perakuan itu diberikan, Suruhanjaya Pilihan Raya atau Pihak Berkuasa
Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah memberikan notis
pilihan raya di dalam bahagian pilihan raya atau kawasan pilihan raya yang
berkenaan mengikut perakuan yang diberikan di bawah subseksyen 36A(2) atau
(3).

Laporan Hakim atau Pendaftar tentang perbuatan rasuah atau
perbuatan yang menyalahi undang-undang.

37. Pada akhir perbicaraan sesuatu petisyen pilihan raya atau pendengaran
sesuatu rayuan terhadap keputusan seseorang Hakim Pilihan Raya, Hakim Pilihan
Raya itu atau Pendaftar Mahkamah Persekutuan, mengikut mana-mana yang
berkenaan, hendaklah juga melaporkan secara bertulis-
(a) kepada Suruhanjaya Pilihan Raya, mengenai pemilihan seseorang sebagai ahli
bagi Dewan Rakyat, Dewan Undangan, majlis perbandaran ibu kota persekutuan
atau mengenai apa-apa pemilihan lain yang Suruhanjaya Pilihanraya mungkin
diberikuasa menjalankannya; atau
(b) dalam apa-apa pemilihan lain, kepada Pihak Berkuasa Negeri-
(i) sama ada apa-apa perbuatan rasuah atau perbuatan yang menyalahi undangundang
telah dibuktikan atau telah tidak dibuktikan sebagai telah dilakukan oleh
atau dengan pengetahuan dan persetujuan seseorang calon dalam pilihan raya itu,
atau oleh ejennya, dan juga jenis perbuatan rasuah atau perbuatan yang
menyalahi undang-undang itu, jika ada; dan
(ii) nama dan perihal semua orang, jika ada, yang telah dibuktikan dalam
perbicaraan itu sebagai telah bersalah atas apa-apa perbuatan rasuah atau
perbuatan yang menyalahi undang-undang.
(2) Sebelum mana-mana orang, yang bukan suatu pihak dalam suatu petisyen
pilihan raya dan juga bukan seorang calon yang bagi pihaknya kerusi itu dituntut
melalui suatu petisyen pilihan raya, dilaporkan oleh seorang Hakim Pilihan Raya
atau Pendaftar Mahkamah Persekutuan di bawah seksyen ini, Hakim Pilihan Raya
atau Pendaftar Mahkamah Persekutuan hendaklah memberi orang itu hak untuk
didengar dan untuk memberi dan meminta keterangan bagi menunjukkan
mengapa dia tidak patut dilaporkan sedemikian.
(3) Apabila seorang Hakim Pilihan Raya atau Pendaftar Mahkamah Persekutuan
melaporkan bahawa suatu perbuatan rasuah atau perbuatan yang menyalahi
undang-undang telah dilakukan oleh mana-mana orang, maka orang itu hendaklah
tertakluk kepada ketakupayaan yang sama seolah-olah pada tarikh laporan itu dia
telah disabitkan atas perbuatan itu dan seseorang hendaklah tertakluk kepada
ketakupayaan yang sama sekiranya dia ialah seorang calon dalam pilihan raya itu
dan Hakim Pilihan Raya atau Pendaftar Mahkamah Persekutuan itu melaporkan
bahawa perbuatan rasuah atau perbuatan yang menyalahi undang-undang itu
telah dilakukan dengan pegetahuan atau persetujuannya atau oleh ejennya.
(4) Suruhanjaya Pilihan Raya atau Pihak Berkuasa Negeri (mengikut mana-mana
yang berkenaan) hendaklah menyebabkan suatu salinan laporan itu disiarkan
dalam Warta, dan menjadi kewajipan tiap-tiap pegawai pendaftaran membaca
laporan itu dengan segera dan memotong dengan segera daripada daftar atau
senarai pemilih yang diuntukkan kepadanya nama tiap-tiap orang yang didapati
dariapada laporan itu sebagai tidak boleh mengundi dalam sesuatu pilihan raya.
Masa untuk pengemukaan
38. (1) Tiap-tiap Petisyen pilihan raya hendaklah dikemukakan dalam tempoh dua
puluh satu hari dari tarikh keputusan pilihan raya itu disiarkan dalam Warta:
Dengan syarat bahawa-
(a) sesuatu Petisyen pilihan raya yang mempersoalkan lapor pilihan atau pemilihan
atas alasan sesuatu perbuatan rasuah dan dengan khususnya mengatakan bahawa
pembayaran wang atau perbuatan lain telah dibuat atau dilakukan semenjak tarikh
yang tersebut dahulu oleh orang yang pemilihannya dipersoalkan atau oleh
seseorang ejen orang itu atau dengan pengetahuan orang itu atau ejen pilihan
rayanya pada menurut atau pada melaksanakan perbuatan rasuah itu boleh,
setakat yang berkenaan dengan perbuatan rasuah itu, dikemukakan pada bila-bila
masa dalam tempoh dua puluh lapan hari selepas tarikh pembayaran atau
perbuatan itu;
(b) sesuatu petisyen pilihan raya yang mempersoalkan lapor pilihan atau pemilihan
atas suatu pengataan mengenai suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang
boleh, setakat yang berkenaan dengan perbuatan yang menyalahi undang-undang
itu, dikemukakan dalam masa yang berikut:
(i) pada bila-bila masa sebelum tamat empat belas hari selepas tarikh penyiaran
dalam Warta notis yang dikehendaki oleh seksyen 24 tentang belanja pilihan raya
bagi orang yang pemilihannya dipersoalkan;
(ii) jika petisyen pilihan raya itu mengatakan secara khusus bahawa pembayaran
wang atau perbuatan lain telah dibuat atau dilakukan semenjak tarikh tersebut
oleh orang yang pemilihannya dipersoalkan atau oleh seseorang ejen orang itu
atau dengan pengetahuan orang itu atau ejen pilihan rayanya pada menurut atau
pada melaksanakan perbuatan yang menyalahi undang-undang yang dikatakan di
dalam
petisyen pilihan raya itu, maka petisyen itu boleh dikemukakan pada bila-bila masa
dalam tempoh dua puluh lapan hari selepas sahaja tarikh pembayaran atau lainlain
perbuatan itu.
(2) Sesuatu petisyen pilihan raya yang dikemukakan dalam masa yang sepatutnya
boleh, bagi maksud mempersoalkan lapor pilihan atau pemilihan atas suatu
pengataan mengenai suatu perbuatan rasuah atau perbuatan yang menyalahi
undang-undang, dipinda dengan kebenaran seorang Hakim Mahkarnah Tinggi
dalam masa sesuatu petisyen pilihan raya mempersoalkan lapor pilihan atau
pemilihan atas alasan itu boleh dikemukakan.
(3) Bagi maksud seksyen ini, jika ada maaf yang dibenarkan kerana gagal
membuat dan menghantar penyata dan pernyataan berkenaan dengan belanja
pilihan raya, tarikh pemberian maaf itu atau, jika ada kegagalan tentang dua atau
lebih butir dan maaf itu telah diberi pada masa yang berlainan, maka tarikh
pemberian maaf yang terakhir itu hendaklah menggantikan tarikh penyiaran notis
yang disebutkan dalam proviso kepada perenggan (1) (b).
Larangan mengenai pendedahan undi
39. Tiada seorang pun pemilih yang telah mengundi dalam mana-mana pilihan
raya boleh, dalam mana-mana prosiding yang mempersoalkan pilihan raya itu,
dikehendaki menyatakan siapa yang telah diundinya.
Undi hendaklah dipotong dalam suatu tafahus
40. (1) Atas sesuatu tafahus dalam perbicaraan sesuatu petisyen pilihan raya
hanya undi yang berikut sahaja boleh dipotong:
(a) undi mana-mana orang yang namanya tidak ada dalam daftar atau dalam
senarai pemilih yang diuntukkan bagi tempat mengundi di mana undi itu telah
direkodkan atau yang telah tidak dibenarkan mengundi di tempat mengundi itu;
(b) undi mana-mana orang yang undinya telah diperolehi melalui penyogokan,
penjamuan atau pengaruh tak wajar;
(c) undi mana-mana eorang yang telah melakukan atau mendapatkan pelakuan
menyamar dalam pilihan raya itu;
(d) jika pilihan raya itu adalah suatu pilihan raya biasa, undi mana-mana orang
yang telah dibuktikan sebagai telah mengundi dalam pilihan raya biasa itu dalam
lebih daripada satu bahagian pilihan raya atau kawasan pilihan raya;
(e) undi mana-mana orang yang tidak boleh mengundi dalam pilihan raya itu oleh
sebab suatu sabitan atas perbuatan rasuah atau perbuatan yang menyalahi
undang-undang atau oleh sebab laporan seorang Hakim Pilihan Raya atau
Pendaftar Mahkamah Persekutuan atau oleh sebab sabitan bagi sesuatu kesalahan
di bawah seksyen 3; dan
(f) undi yang diberikan untuk seseorang calon yang hilang kelayakan oleh
seseorang pengundi yang mengetahui bahawa calon itu telah hilang kelayakan
atau fakta yang menyebabkan hilang kelayakan itu, atau selepas notis awam yang
memadai mengenai hilang kelayakan itu atau fakta-fakta yang menyebabkannya
adalah nyata diketahui ramai.
(2) Undi seseorang pengundi berdaftar tidak boleh, kecuali dalam hal yang
dinyatakan dalam subseksyen (1)(e), dipotong dalam sesuatu tafahus sematamata
oleh sebab pengundi itu telah tidak atau adalah tidak layak mendapatkan
namanya dicatatkan dalam daftar atau senarai pemilih.
(3) (Dipotong oleh Akta A1177).
Penolakan kertas undi oleh pegawai pengurus atau ketua tempat mengundi adalah
muktamad
41. Mengenai sesuatu petisyen pilihan raya, keputusan seseorang pegawai
pengurus atau ketua tempat mengundi, sama ada atau tidak sesuatu kertas undi
hendak ditolak, di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan
dengan pilihan raya itu, tidak boleh dipersoalkan.
Tatacara dan amalan mengenai petisyen pilihan raya
42. (1) Tatacara dan amalan mengenai petisyen pilihan raya hendaklah dikawal
selia oleh kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954 yang diperuntukkan dalam
Jadual Kedua.
(2) Apabila apa-apa perkara tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Kaedah-
Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954, Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980,
[P.U.(A)50/1980] hendaklah terpakai.

Tuesday, November 27, 2012

MALAYSIA PERLU BANGKIT






Seperti yang kita semua tahu, Pertembungan antara Skuad Harimau Malaya dan Singapura menyaksikan kita tumpas mudah kepada singapura dengan kekalahan 0-3. Jika diimbas corak permainan Malaysia, sememangnya tidak menunjukkan seperti juara pertahan piala AFF Suzuki. setiap hantaran jauh yg dibuat tidak berkualiti, sering dapat dijangkakan oleh pertahanan singapura.

Namun, hantaran pendek skuad Singapura pula perlu dipuji kerana sering memberi tekanan kepada pertahanan Malaysia. Singapura lebih gemar menggunakan hantaran pendek berbanding Malaysian kerana hantaran pendek ini jelas mampu memberi penguasaan bola yg lebih. begitulah yang diamalkan oleh kebanyakan pasukan antarabangsa seperti sepanyol, Argentina, German dan sebagainya. hantaran pendek ini lebih kepada memberi keyakinan kepada pemain untuk menguasai perlawanan dan yang penting membina keserasian antara pemain.

Malaysia seharusnya belajar dari kekalahan ini dan mengubah corak permainan daripada hantaran jauh kepada hantaran pendek. Jika tidak tidk mustahil nasib yang sama akan diterima skuad Malaysia apabila bertemu Laos nanti.

Bahagian tengah Malaysia juga harus bijak mencipta gerakan yang menarik bagi memberi ruang kepada Penyerang kita. kalau pun penyerang kita dikawal ketat oleh pemain pertahanan, bahagian tengah kita seharusnya mampu menjadi senjata pemusnah juga.

Apa-apa pun, penulis berharap Malaysia mampu bangkit dalam perlawanan menentang Laos. walaupun kebanyakan penyokong Malaysia mula hilang kepercayaan kepada Malaysia, namun misi harus diteruskan juga. Pastikan menang apabila menentang laon nanti.

Malaysia, we proud of you..!

Thursday, November 22, 2012

Barisan Nasional Megah di Johor



Keratan Akhbar 

JOHOR BAHRU 24 Sept 2012. - Keutuhan perpaduan Melayu yang diperkukuhkan dengan persefahaman erat dalam kalangan kaum lain menjadikan Barisan Nasional (BN) Johor kuat dalam menghadapi setiap pilihan raya umum sejak dahulu.
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, kekuatan perpaduan Melayu dan sokongan tanpa berbelah-bahagi daripada kaum lain itu menjadi teras kekuatan BN selama ini.
"Dalam tiga pilihan raya umum sebelum 2008 iaitu pada 1995, 1999 dan 2004, BN memenangi semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor.
"Ini kejayaan penuh kecuali satu kerusi DUN Senggarang pada 2004 kerana kesilapan teknikal," katanya pada majlis perasmian Persidangan Perwakilan Berkelompok UMNO Bahagian-bahagian Negeri Johor 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini kelmarin.
Majlis tersebut dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO.
Turut hadir, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad dan ahli jawatankuasa badan perhubungan negeri.
Persidangan berkelompok tersebut membabitkan empat UMNO bahagian iaitu Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai dan Tanjung Piai.
Abdul Ghani yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, sejak mencapai kemerdekaan, BN Johor hanya dua kali kehilangan kerusi Parlimen iaitu Kluang pada 1978 dan Bakri pada 2008.
"Ini bermakna BN Johor memenangi 232 daripada 234 kerusi Parlimen dipertandingkan sejak 1959 dan ia suatu pencapaian yang cukup membanggakan iaitu 99.14 peratus.
"Di kerusi DUN, kita turut cemerlang dengan memenangi 459 daripada 576 kerusi yang dipertandingkan sepanjang tempuh tersebut dengan pencapaian 96.42 peratus sekali gus menggambarkan betapa kukuhnya sokongan rakyat Johor kepada BN sejak dahulu lagi," katanya.
Beliau berkata, rekod tersebut mencerminkan Johor adalah kubu kuat BN dan kekuatan itu bukan datang dengan sendiri tetapi dipupuk melalui perpaduan, kegiatan bersama rakyat sepanjang tahun, kerja keras dalam setiap pilihan raya serta perubahan yang amat meyakinkan rakyat.
"Ini juga bukti rakyat Johor memahami dan memperakui BN teguh memikul dan memelihara amanah rakyat," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mendedahkan denyut nadi keyakinan sudah dirasai di setiap peti undi kerana hampir separuh daripada 1.5 juta pengundi di negeri ini adalah ahli parti komponen BN yang menjadi asas kekuatan BN Johor.




Pendapat Penulis..

Nampaknya BN begitu yakin akan mengekalkan rekod kemenangan mereka untuk menghadapi pilihanraya Umum ke-13 nanti. Tidak dinafikan Johor merupakan kubu kuat UMNO sejak dahulu lagi kerana jika diimbas sejarah penubuhan UMNO dan kemerdekaan Malaysia, Johor adalah tempat dimana UMNO bertapak. Sejak 1959 hingga 2008, Johor telah ditadbir oleh kerajaan BN dan UMNO merupakan penyumbang terbesar dalam kemenangan BN di Johor.

Namun, harus diingat, langit tidak selalu cerah. Jika Perak, Kedah, Selangor, dan Pulau Pinang boleh tumbang, tidak mustahil Johor juga menerima nasib yang sama. Jika dilihat keadaan semasa di Johor, timbul isu Pengambilan tanah di Pengerang. Pengerang merupakan satu-satunya kubu kuat UMNO yang memperolehi kemenangan tanpa bertanding dalam pilihanraya umum lepas. Mengapa ini boleh terjadi? Jelas menunjukkan pembangkang tidak berani bertanding di Pengerang kerana penduduk di sana tidak boleh menerima pembangkang atau parti lain selain UMNO. Ini isyarat yang baik ditunjukkan oleh penduduk Pengerang kepada UMNO. Namun, kini penduduk Pengerang dihimpit masalah disebabkan permainan politik UMNO Johor bak kata pepatah “ Madu dibalas tuba”. Apa tidaknya, sekian lama penduduk Pengerang memberi kepercayaan dan mencurahkan taat setia mereka kepada UMNO tetapi kini tanah mereka di Pengerang diambil semata-mata untuk projek mega RAPID.

Daripada tinjauan dan temubual penulis dengan beberapa penduduk kampung di sana (juga kampung penulis) kesemuanya tidak menolak pembangunan malah mereka menyokong pembangunan yang ingin dibina di Pengerang, namun, kadar pampasan yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada penduduk amat tidak munasabah dan masuk akal. Rm2.80 sekaki persegi. Kadar ini amat menjerut leher penduduk Pengerang. Kalau diikutkan perancangannya, Kerajaan negeri berjanji akan menyediakan kediaman untuk penduduk Pengerang yang tanah mereka diambil balik, namun sehingga kini, tidak ada sebuah rumah pun dibina dikawasan perpindahan tersebut sedangkan notis perpindahan telah dikeluarkan oleh kerajaan. Persoalannya, ke manakah penduduk kampung hendak tinggal? Cukupkah dengan hanya RM2.80 sekaki persegi?

Daripada perbualan penulis dengan rakan penulis iaitu seorang penilai hartanah, beliau menyatakan bahawa nilai tanah bergantung kepada apa tujuan tanah tersebut diambil. Maksudnya jika tanah tersebut diambil untuk tujuan perindustrian atau perusahaan, maka nilai tanah hendaklah dinilai sama dengan nilai tujuan ianya diambil. Sebagai contoh, jika tanah tersebut diambil untuk tujuan projek RAPID bernilai RM60 billion, tidak mustahil kadar sekaki persegi tanah tersebut boleh mencecah Rm80 sekaki persegi. Tetapi kerajaan hanya memberi pampasan hanya sebanyak RM2.80 untuk penduduk Pengerang.

Sepatutnya kerajaan negeri mestilah membalas budi penduduk Pengerang. Kadar pampasan Rm2.80 sekaki persegi harus dikaji balik. Penulis yakin kadar tersebut boleh dinaikkan jika kerajaan negeri menghargai penduduk Pengerang yang mengundi UMNO sejak dulu lagi. Lihat sahaja semasa kempen Pilihanraya, kerajaan begitu merayu kepada rakyat agar mengundi mereka dan sengaja mengajak rakyat mengenang budi kerajaan. Persoalannya, mengapa rakyat sahaja harus mengenang budi kerajaan? Tidak bolehkah kerajaan mengenang budi rakyat yang memilih mereka? Jika tidak kerana rakyat memilih UMNO, usah bermimpi di siang hari UMNO mampu menang di Pengerang. Pada pendapat penulis, kerajaan hendak menimbulkan keadaan ‘false consciousness’ atau ‘kesedaran palsu’ dalam hati penduduk Pengerang. Mereka akan cuba menyatakan bahawa penduduk pengerang sudah banyak berubah jika dibanding dengan keadaa pengerang pada 20 tahun yang lalu disebabkan bantuan kerajaan.