Thursday, June 14, 2012

STEREOTAIP, ETNOSENTRISME,

 STEREOTAIP, ETNOSENTRISME,
IRRENDENTISME DAN DIASPORA


1.0    PENGENALAN


Malaysia terdiri daripada masyarakat yang ‘multiracial’ dan ‘multiculture’ yang mempunyai asas-asas kukuh untuk mewujudkan masyarakat yang lebih berbudaya, berilmu, bermoral, dan mendokong cita-cita murni bangsa Malaysia berteraskan konsep negara bangsa. Masyarakat didefinisikan sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama-sama (dari sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu ) atau pergaulan hidup. (Bangsa pula ialah jenis manusia daripada satu asal keturunan atau kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan). Masyarakat didefinisiskan sebagai komuniti manusia yang tinggal bersama-sama di suatu tempat dengan cara dan ukuran tertentu dari segi bahasanya, manakala sudut istilah pula menerangkan bahawa, masyarakat merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu yang merujuk kepada pergaulan hidup dan keseluruhan hubungan sosial. Masyarakat juga menggambarkan rakyat sesebuah negara.

            Melalui konsep negara bangsa ini, semua masyarakat mendukung satu bangsa dan satu negara yang tegak di atas satu identiti negara yang sama yang di manifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosio-budaya, lambang-lambang dan sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi. Bangsa yang bertamadun mempunyai identiti peradabannya yang tersendiri.


1.1   CIRI-CIRI NEGARA BANGSA

Pembentukan bangsa Malaysia boleh diukur dari tiga perspektif utama iaitu, pertama melalui aspek kenegaraan, kedua adalah aspek kewarganegaraan dan yang ketiga adalah aspek kebangsaan. Konsep kenegaraan perlu ditanam dan dipupuk dalam diri setiap rakyat negara itu demi keutuhan negara sebagai kumpulan sosial. Semangat kenegaraan ini boleh ditanam melalui simbol-simbol yang mewakili keutuhan negara seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan, Rukun Negara, dan sebagainya.

            Konsep kewarganegaraan pula dapat diperjelaskan bahawa bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain dapat disatukan melalui kewarganegaraan yang sama iaitu warganegara Malaysia. Aspek kebangsaan dapat ditonjolkan melalui kebudayaan kebangsaan yang mana merupakan penggerak yang sangat hebat dalam mengisi semangat kebangsaan dan mejadi batu asas kepada pembentukan bangsa Malaysia. Pada hakikatnya hubungan antara kebudayaan kebangsaan dengan semangat kebangsaan adalah bertimbal-balik kerana masing-masing saling menyokong dan menguatkan antara satu sama lain.

2.0 KEPERLUAN MENGKAJI MASYARAKAT MANUSIA HIDUP BERMASYARAKAT


Perlakuan seseorang itu adalah berkaitan dengan masyarakatnya. Oleh itu, seseorang yang menghormati orang lain atau rajin bekerja dicermin dan mencerminkan masyarakatnya. Kegigihan individu Jepun dikaitkan dengan kegigihan masyarakatnya. Maka, kajian terhadap masyarakat itu menjadi penting kerana melaluinya, kita dapat memahami manusia secara keseluruhan. Pemahaman yang tepat terhadap masyarakat membolehkan individu itu bertingkahlaku dan menyesuaikan diri mengikut kehendak masyarakat setempat. Iini akan mewujudkan keharmonian dalam masyarakat dan sukar untuk melanggar peraturan yang wujud di dalam lingkungan sosialnya.


2.1   Memahami Budaya dan Masyarakat Lain


Individu yang telah mengkaji masyarakat lain tidak akan mengalami satu kejutan budaya, tetapi lebih bersedia menghadapi perbezaan yang wujud.seseorang yang mengkaji masyarakat industri tidak akan terkejut jika pergi ke negara tersebut. Perhubungan masa kini bukan hanya terbatas di kalangan satu masyarakat sahaja tetapi merangkumi masyarakat dunia keseluruhannya. Bagi mengatasi isu-isu global seperti pencemaran, teknologi, perlumbaan senjata dan sebagainya, memerlukan kerjasama antara masyarakat. Maka, kajian terhadap masyarakat akan membolehkan kita memahami dan memupuk kerjasama dengan sesuatu masyarakat. Ciri-ciri masyarakat yang hidup berkelompok dapat dilihat dalam masyarakat kita. Manusia ialah mereka hidup bersama dan membentuk kelompok. Kelompok inilah yang membentuk masyarakat. Mereka mengenali antara satu sama lain dan saling bergantungan. Kesatuan sosial wujud dalam perhubungan sesama manusia ini. Seseorang manusia tidak mungkin dapat meneruskan hidupnya tanpa bergantung kepada manusia lain.


3.0   KONSEP ETNIK

Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang. Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya. Etnisiti ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub-budaya yang jelas di mana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama. Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandnagan mengenai kecantikan, oreintasi politik, kegiatan ekonomi dan hibuuran. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau, dan pelbagai lagi boleh dianggap sebagai etnik. Etnik pada daasarnya bersikap etnosentrik iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah dan anggil ganjil, berada ditahap rendah atau tidak bermoral.


              Penggunaan istilah ras dan etnik sering kali digunakan secara berulangan walaupun ia membawa makna yang berbeza. Di Malaysia, kedua-dua istilah ras dan etnik sering kali dicampuradukkan dan digunakan secara bertukar-tukar sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama. Orang Melayu, Cinaa dan India sepatutnya dikenali sebagai etnik juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian. Ras ialah perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal dalam kelompok manusia dan ciri yang paling ketara serta sering digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit. Etnik pula dari segi bahasa boleh didefinasikan sebagai kaum atau bangsa. Dari segi istilah pula etnik boleh didefinasikan sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.
Menurut Kamus Dewan, etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia juga tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur sesuatu kaum. Kumpulan etnik lazimnya bermula daripada satu konsep keterunan, iaitu sesuatu generasi kumpulan etnik hari ini mempunyai nenek moyang yang sama, dan turun-temurun daripada nenek moyang itu. Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Selain itu, etnik juga dapat dikelaskan mengikut demografi iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan negeri. Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik pada kedudukan geografi yang berbeza. Perbezaan budaya bagi kumpulan etnik yang dikelaskan melalui demografi ini. Dengan ini jelas memperlihatkan bahawa setiap satu etnik mempunyai perbezaan budaya dengan etnik yang lain.



4.0   KONSEP STREOTAIP, ETNOSENTRISME, IRRENDENTISME DAN   DIASPORA


4.1   STREOTAIP

Perasaan dan pemikiran : a). Kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik b). Gambaran berlebih-lebihan tentang perlakuan baik atau buruk sesuatu kumpulan etnik.  Ini akan memberi kesan terhadap hubungan sosial masayrakat majmuk dengan sesuatu etnik memandang rendah kepada kelompok etnik lain, membataskan interaksi dan membangkitkan semangat perkauman misalnya dalam konflik etnik di Sri Lanka.

Secara ringkas, konflik etnik di Sri Lanka membabitkan pertembungan kumpulan minoriti Tamil yang mendiami wilayah utara dan timur Sri Lanka dengan etnik majoriti Sinhalis yang menguasai pentadbiran dan mempunyai kelebihan serta menguasai wilayah barat dan selatan negara itu.   Akan tetapi, adalah perlu diingatkan bahawa konflik etnik di Sri Lanka bermula seawal abad ke lima sebelum Masihi apabila migrasi pertama Sinhalis dari India Utara ke pulau (Sri Lanka) tersebut.  Seribu tahun selepas itu, kumpulan Tamil dari India Utara pula tiba di pulau (Sri Lanka) tersebut dan mereka ini berbeza dari segi budaya, bahasa dan agama.  Sejak dari awal lagi pertelingkahan wilayah telah mencetuskan ketegangan kepada kumpulan-kumpulan etnik ini. Selepas itu memperlihatkan campurtangan Belanda, Portugis, British dan Amerika di Sri Lanka telah mempengaruhi pembangunan politik, pendidikan dan agama di pulau tersebut dan setiap mereka menunjukkan sokongan dan menyebelahi sama ada etnik Tamil atau Sinhalis.

 Selepas Sri Lanka mencapai kemerdekaan dari Britain pada tahun 1948, diskriminasi terhadap etnik Tamil semakin meningkat melalui polisi yang dilaksanakan oleh kerajaan dan mencetuskan kepada tentangan daripada etnik Tamil (Duke University Talent Identification Program  2005:5).  Pada penghujung tahun 70an, Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE)  telah diwujudkan selepas kumpulan penentang yang menolak keganasan gagal meningkatkan kesedaran terhadap perjuangan mereka. Pembentukan LTTE adalah pencetus kepada konflik antara etnik Sinhalis dan Tamil di Sri Lanka.  Hal ini kerana etnik Sinhalis berjuang untuk mempertahankan kuasa di Sri Lanka, manakala etnik Tamil berjuang untuk menghapuskan diskriminasi dan mempunyai perwakilan di dalam politik Sri Lanka serta membayangkan suatu negara Tamil yang merdeka atas nama Tamil Eelam.

4.2   ETNOSENTRISME

Sesuatu masyarakat atau budaya, seperti yang dinyatakan sebelum ini, mestilah difahami dalam peristilahannya sendiri. Dalam mengatakan demikian bukanlah bermakna bahawa kita bersetuju dengan penggunaan satu bentuk ukuran umum bagi menilai sesuatu masyarakat. Ukuran tersebut tersebut mungkin merangkumi jangka hayat, keluaran negara kasar (gross national product), hak demokrasi, kadar celik huruf, dan sebagainya. Tidak berapa lama dahulu satu amalan yang sering dilakukan oleh masyarakat Eropah ialah menilai masyarakat di luar Eropah mengikut peratusan penduduknya yang memeluk agama Kristian.

            Seandainya peratusan itu tinggi maka tinggilah kedudukan negara tersebut mengikut kayu ukuran yang digunakan. Penilaian terhadap manusia seperti yang dilakukan itu sesungguhnya sangat tidak sesuai dengan pendekatan antropologi. Oleh itu, jika kita ingin menilai mutu hidup dalam sesebuah negara atau masyarakat luar, kita mestilah terlebih dahulu memahami masyarakat itu dari dalam; jika tidak penilaian yang kita buat itu mempunyai nilai ilmiah yang sangat terbatas. Apa yang dianggap sebagai ‘gaya hidup yang baik’ dalam masyarakat Eropah misalnya, tidak semestinya menarik dan sangat-sangat dikehendaki jika dinilai dari sudut dan kedudukan masyarakat lain. Bagi memahami erti sebenar kehidupan sosial sesuatu masyarakat, maka sangat perlu untuk kita cuba mendalami terlebih dahulu bagaimana alam nyata sesuatu masyarakat difahami dan dirasai sendiri oleh ahli-ahlinya. Untuk berjaya dalam usaha ini, maka tidak memadai jika kita hanya memilih beberapa ‘angkubah’ sahaja.

              Ternyata bahawa penggunaan konsep seperti ‘pendapatan tahunan’ tidak sesuai sama sekali bagi sebuah masyarakat yang tidak mengenali mata wang serta tidak tahu akan kaedah kerja yang diupah dengan wang. Penghujahan seperti di atas bolehlah dianggap sebagai amaran awal terhadap etnosentrisme. Istilah tersebut berasal daripada perkataan Yunani (ethnos bermaksud ‘orang’) Etnosentrisme membawa maksud bahawa kita menilai masyarakat lain daripada kaca mata kita sendiri, serta memperihalkan mereka dalam peristilahan kita. Dengan demikian, ciri-ciri ethnos yang ada pada diri kita, termasuk nilai budaya kita, dijadikan kayu ukur dalam penilaian tersebut. Justeru itu tidak hairanlah jika orang lain atau masyarakat asing kelihatan begitu rendah taraf sosial dan budaya mereka jika dipandang dari kaca mata ethnos kita.

            Misalnya jika kita mendapati bahawa di kalangan masyarakat Nuer kemudahan pinjaman untuk membeli rumah daripada institusi kewangan sukar diperolehi, maka kita tidak boleh membuat kesimpulan bahawa masyarakat Nuer tidaklah sesempurna masyarakat kita. Jika kita mendapati bahawa kemudahan bekalan elektrik tidak terdapat di kalangan orang Kwakiutl di pantai barat Amerika Utara, maka kita tidak boleh membuat kesimpulan bahawa cara hidup orang Kwakiutl itu tidak sejahtera berbanding dengan cara hidup kita. Jika sekiranya orang Kachin di sebelah utara Myanmar menolak agama Kristian, maka kita tidak boleh menganggap bahawa orang Kachin tidak bertamadun.

            Jika sekiranya orang San (kaum Bushmen) di gurun Kalahari buta huruf, maka kita tidak boleh terus menyatakan bahawa mereka itu tidak pintar. Jika sekiranya kita terus menerus mempunyai pandangan berunsur etnosentrisme, maka ternyata bahawa kita sama sekali tidak memberikan sebarang peluang bagi orang lain untuk mempunyai sebarang perbezaan dan hidup dalam persekitaran sosial dan budaya yang berlainan.


              Pandangan etnosentrisme juga merupakan satu halangan besar kepada usaha untuk memahami masyarakat dan budaya lain dalam peristilahan mereka sendiri. Sebenarnya antropologi tidak membandingkan masyarakat asing dengan masyarakat sendiri serta menyusun pelbagai masyarakat pada tahap tinggi rendah, serta meletakkan masyarakat kita pada anak tangga paling atas. Sebaliknya antropologi menghendaki kita memahami masyarakat yang berlainan itu seperti yang kelihatan daripada dalam masyarakat berkenaan. Antropologi tidak dapat memberikan jawapan yang tepat kepada soalan yang berbunyi seperti berikut: "Antara banyak masyarakat, masyarakat manakah yang paling baik." Jawapannya memang tidak akan wujud semata-mata kerana sememangnya bukan sifat semula jadi disiplin antropologi untuk bertanyakan soalan seperti ini.

            Jika ditanya apakah bentuk hidup dan masyarakat yang sempurna, maka antropologis hanya boleh memberikan jawapan bahawa setiap masyarakat itu mempunyai takrifan masing-masing terhadap soalan tersebut yang sudah pasti mempunyai pengertian yang berbeza-beza. Lagipun, masalah etnosentrisme sangat sukar untuk dikesan jika dibandingkan dengan pendirian yang bersifat moralis. Etnosentrisme juga boleh mempengaruhi konsep yang kita gunakan untuk memahami pelbagai masyarakat di muka bumi. Misalnya kita tidak boleh menggunakan konsep ‘politik’ dan ‘kekerabatan’ bagi masyarakat yang ternyata tidak mempunyai pemahaman asas terhadap kedua-dua konsep ini. Istilah politik mungkin terdapat dalam masyarakat asal ahli etnografis, tetapi istilah tersebut mungkin tidak ada dalam masyarakat yang dikajinya. Masalah asas seperti ini akan dibincangkan kemudian dengan lebih mendalam lagi.


4.3  KONSEP IRRENDENTISME


Usaha wilayah2 yang didominasi oleh majoriti sesuatu kaum untuk berpisah/merdeka dan bergabung dengan negara lain yang sama kaum dengan mereka. Misalnya dalam dasar Apartheid.

            Beratus tahun dahulu, telah berlaku pembahagian masyarakat di Afrika Selatan yang berpaksikan pada pemisahan ras semata. Namun sejak kemenangan Parti Nasional de Boer dalam pilihanraya 1948, mereka terus memerintah dan telah mewujudkan sistem apartheid. Kemenangan yang dimenangi oleh majoriti bangsa berkulit putih ini telah menjadi tiket untuk melakukan penggubalan sesebuah undang-undang dan ianya wajib dipatuhi oleh rakyat. Sistem apartheid yang wujud ini telah secara langsung dapat dilaksanakan dalam Undang-undang Pendaftaran Populasi pada tahun 1950 untuk semua warga Afrika.

             Melalui undang-undang ini, semua rakyat Afrika telah dibahagikan mengikut 3 kategori ras iaitu Afrika kulit hitam, kulit putih dan kulit berwarna lainnya. Malah, terdapat juga kategori Asia yang sebahagian besarnya adalah warga etnik India dan Pakistan. Dasar ini menunjukkan bermulanya situasi yang agak tegang dalam masyarakat kerana ianya mewujudkan kelompok tertentu.

            Dalam masa yang sama, kawasan Afrika Selatan turut dibuat pembahagian iaitu 80 peratus wilayah negara itu diberi pemilikan kepada warga kulit putih. Sementara bagi warga kulit hitam pula, mereka ditempatkan di wilayah termiskin yang disebut sebagai homelands atau tanah air. Mereka dianggap memiliki pemerintahan dan pentadbiran yang tersendiri. Malah, mereka diasingkan dalam bidang sosial, ekonomi dan politik. Pada tahun 1970, diwujudkan Undang-Undang Kewarganegaraan Tanah Air Bantu. Undang-undang ini menyatakan semua warga kulit hitam harus tinggal di "homeland" iaitu tanah air, suatu wilayah yang dihuni majoritinya warga kulit hitam Afrika. Warga homelands juga harus membawa pasportnya untuk mendapat tempat tinggal dalam wilayahnya.
            Dasar apartheid ini juga dapat dilihat melalui pemisahan dalam penggunaan kemudahan awam yang disediakan. Ia dapat dilihat apabila terdapat kemudahan-kemudahan awam yang dikhususkan kepada warga kulit putih dan juga warga kulit hitam. Ini termasuklah gedung-gedung umum, pemisahan dalam pengangkutan awam, taman-taman, rumah, makanan, sekolah, klinik-klinik dan juga gereja. Daerah-daerah dan mukim di setiap desa dan kota juga dibahagi pada dua. Malah, sistem pendidikan sekolah turut terpisah dengan kualiti guru yang berbeza yang mana hanya warga kulit putih sahaja yang mempunyai hak untuk memilih.

4.4    KONSEP DIASPORA

Diaspora bermaksud adalah 1. penyebaran ke merata-rata tempat, seperti orang yang pada asalnya tergolong dalam budaya yang sama; 2. kelompok manusia yang pada asalnya tergolong dlm budaya yang sama yang telah tersebar di merata-rata tempat lain. Perbincangan tentang definisi diaspora akan ditemui dalam banyak ensiklopedia mahupun kamus yang mengandungi dua pengertian. Pertama, diaspora berhubungan erat dengan “exile” atau pengasingan (Ensklopedi Americana: 68-69). Kedua, merujuk pada konsep political thelogiest, yang berkaitan dalam hal penyebaran orang-orang Yahudi setelah diasingkannya mereka di Babel ketika di asingkan oleh Babilonia (586 – 538 SM).

            Sebagai sub-sub budaya diantara budaya- budaya lain yang lebih besar, orang-orang Yahudi selalu berjuang untuk mempertahankan identiti dan eksistensi masyarakat Yahudi itu sendiri. Sehingga selama dua ribu lima ratus tahun dan menjelang akhir pembuangan Babel, dengan usaha gerakan Zionisme, mereka kembali ke Palestin dengan mendirikan negara Israel pada tahun 1947. Dalam hal itu, ada dua konsep dasar yang menjadi acuan mengapa penulis menggunakan istilah diaspora walaupun pada awalnya istilah diaspora hanya menjurus pada identiti bangsa Yahudi sebagai bangsa yang tidak memiliki tanah air (homeland). Pertama, kerana istilah diaspora banyak digunakan oleh para pengganas.


Disamping itu banyak kes yang sama ditemui selain pada komuniti Yahudi. Untuk itu,  istilah diaspora bukan hanya mengacu pada konsep lama teori politik tetapi, istilah diaspora mempunyai makna yang luas. Kedua, dalam Online Dictionary (http://www.education.yahoo.com/), diaspora mempunyai definisi sebagai berikut:

“A dispersion of an originally homogeneous entity, such as a language or culture:  "the diaspora of English into several mutually incomprehensible languages"


(Randolph Quirk), maka dengan mensintesiskan beberapa definisi dan hujahan dari seorang teoritis kajian budaya, menurut penulis, konsep dasar diaspora secara filosofis merupakan sebuah proses yang dalam realitinya dialami pula dalam dunia perpustakaan, khususnya di Indonesia. Hal ini kerana, suatu yang bukan berlebihan apabila dalam dunia perpustakaan di Indonesia. Dari awal munculnya kegiatan tersebut,  ianya sedang menjejaki fasa diaspora dimana dengan bertitik tolak pada faktor budaya yang belum mengakari politik pemerintah. Untuk itu, perpustakaan di Indonesia merupakan sesuatu hal yang masih di pandang sebelah mata.



5.0   KESIMPULAN

Walaupun adakalanya pertikaian yang berlaku tidak dapat untuk dielakkan  di atas faktor-faktor yang menjurus ke arah kepentingan sesebuah negara dan juga faktor semulajadi, apa yang harus difahami bahawa mekanisme kerjasama ini haruslah diakui dan digunakan sebagai pilihan terbaik untuk mengelakkan konflik.  Peristiwa yang lepas seperti Konfrantasi di antara Malaysia dan Indonesia dan juga pertempuran kecil di antara Vietnam dan China berkaiatan Pulau Spartly adalah sebahagian peristiwa yang harus diambil pengajaran supaya tidak akan berulang persengketaan sehingga melibatkan penggunaan ketenteraan (Nik Anuar 2000: 170). Hubungan dua hala Malaysia dan Singapura yang begitu tegang juga setakat ini masih lagi menggunakan ketenteraan namun bukan bererti setiap negara leka dan tidak bersedia daripada pelbagai segi terutama pembangunan ketenteraan sebagai langkah berjaga-jaga. Langkah berjaga ini adalah penting sebagai strategi cegahrintang untuk mengekalkan kedaulatan wilayah (Kamarulnizam 2006: 81).

            Walaubagaimanapun, adalah penting dialog di antara negara Asia tenggara dijalankan di dalam usaha menyatupadukan masyarakat di rantau ini. Sekiranya pertikaian itu dipersetujui untuk dibawa ke peringkat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), dan kemudian telah diputuskan sebarang keputusan, adalah perlu bagi semua pihak menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka(Nik Anuar 2003). Hal ini akan membawa kepada kestabilan kepada politik rantau ini kerana segala masalah diputuskan dengan bijaksana tanpa menggunakan langkah ketenteraan yang lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan kerana boleh menjejaskan ekonomi, keyakinan pelabur dan, hubungan sosial yang dingin di antara negara yang berjiran.