Thursday, August 1, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umaat Islam di Malaysia, semoga Aidilfitri tahun ini memberikan kegembiraan buat kita semua. 

Aku ingin berkongsi pengalaman penulis bersama keluarga semasa kecil. Apabila menjelang saja malam Aidilfitri, kami adik beradik akan sibuk membantu Ibu mengemas rumah, memasang langsir, menukar sarung kusyen, maklumlah kami ni adik beradik lelaki ramai..7 orang, jadi kerja-kerja mengemas rumah ni ibu serah pada kami semuanya namun, ibu bertindak sebagai penyelia memantau, sebab ibu sibuk di dapur masak kan.. yang bestnya, juadah raya kami bukannya ketupan atau lontong.. kami adik beradik suka makan nasi, so makanan kami pagi raya ialah nasi.. tak kiralah nasi mnyak ke.. nasi tomato ke..nasi briyani ke.. asalkan nasi. lagi satu hal..kadang-kadang jiran akan hantar juadah di pagi raya..semuanya ketupat.. so kami buat kelainan la untuk membalas juadah mereka tu.. bab kuih raya masa aku kecil ibu selalu la buat kuih raya..macam-macam jenis kuih..kami adik beradik lelaki tolong..(kesian kan..) yang pasti muruku ibu tetap di hati.. (sedap wooo)

Tahun ni aku happy sebab hari raya bersama anak dan isteri..(anak lahir 24/6/2013), bertambah keceriaan la aku tahun ni.. jom datang rumah...selamat hari raya..!!!!

Wednesday, May 8, 2013

PILIHANRAYA MALAYSIA KE-13


Pilihanraya Umum ke-13 telah melabuhkan tirai, namun sehingga kini masih kedengaran suara rakyat membicarakan tentang pilihanraya baik dari isu pengundi hantu, dakwat kekal, dan keputusan pilihanraya.

keputusan pilihanraya kali ini tidak memeranjatkan penulis, penulis telah menjangkakan akan berlaku kecenderungan kepada pembangkang kali ini. jelas menunjukkan DAP banyak mendapat kemenangan kerusi di parlimen. ini bermaksud hasil kerja kuat parti tersebut telah berjaya mempengaruhi minda rakyat dengan slogan 'ini kalilah dan  5 mei kita ubah'. sebagai orang Melayu, penulis rasa kecewa apabila pengundi muda melayu yang turut memberi kemenangan kepada DAP yang jelas menolak Islam dan Melayu. sepatutnya generasi muda mengambil iktibar perkara 13 Mei 1969. kepada Kerajaan yang baru, penulis berharap semua akujanji yang dibentangkan semasa kempen pilihanraya ditunaikan agar rakyat berpuashati. kerajaan baru juga hendaklah lebih terbuka dalam isu media massa dan memberi liputan yang menyeluruh di setiap negeri, kini MCA mula merasakan kedudukan mereka didalam BN sudah tidak relevan dan penulis merasakan tidak mustahil suatu hari nanti MCA akan menyertai pembangkang bagi mendapat sokongan kaum cina. Barisan Nasional harus mengkaji dan membuat post-mortem secepat mungkin dan mengenal pasti isu sebenar.

Sebagai petugas pilhanraya ke-13, penulis melihat sistem pilihanraya kita masih baik walaupun ada sedikit cacat celanya, namun penambahbaikan itu jelas ada. Jika diimbas PRU ke12, SPR tidak menggunakan dakwat hitam (kekal) tetapi disebabkan desakan pembangkang, maka PRU ke13 buat pertama kalinya menggunakan dakwat kekal. Namun timbul pula isu dakwat tersebut tidak kekal. Penulis merasakan isu ini timbul apabila ada pihak yang 'bersungguh-sungguh' benar ingin menghilangkan dakwat tersebut bagi menguji kredibiliti SPR berhubung dakwat kekal, namun bagi sesetengah pihak, dakwat tersebut akan kekal sekiranya ianya dibasuh seperti biasa sahaja, dan bukan niat untuk menghilangkan dakwat tersebut dengan 'bersungguh-sungguh' dan majlis fatwa telah menfatwakan bahawa dakwat tersebut sah untuk dibawa dalam solat. Jadi penulis berpendapat bahawa pihak yang mempertikaikan dakwat hitam yang digunakan oleh SPR sebagai pihak yang sengaja untuk memburukkan kredebiliti SPR. 

Selain isu dakwat hitam, isu keputusan pilihanraya juga menjadi hangat kerana Ketua Pembangkang DSAI mempertikaikan keputusan pilihanraya kali ini (bukan kali ini sahaja beliau mempertikaikan). Namun jika dilihat pembangkang telah menambah kerusinya di parlimen dan persoalannya, Di manakah ketidakadilan dan ketidak telusan keputusan pilihanraya? adakah beliau merasakan undi majoriti yang dimenanginya berkurangan menyebabkan beliau mempertikaikan keputusan pilihanraya kali ini? pilihanraya adalah platform untuk rakyat membuat keputusan untuk memilih pemimpin, justeru, jika undi majoriti yang dimenanginya merosot, maka beliau harus menerima hakikat bahawa rakyat tidak semestinya menyokong beliau terus-menerus kerana itu adalah kuasa rakyat. Saya suka menjadikan pendapat Dato Saifuddin Abdullahyang telah tewas dalam pilihanraya kali ini, beliau menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka dan tidak mempertikaikan langsung keputusan rakyat tidak memilih beliau. ini baru dikatakan pemimpin sebenar. 

Baiklah, jika benar ada ketidaktelusan di dalam keputusan pilihanraya, apa yang perlu dibuat?  Jabatan peguam negara telah menyatakan bahawa sekiranya terdapat mana-mana pihak yang tidak puas hati dengan keputusan pilihanraya kalai ini, bolehlah membuat petisyen di mahkamah tinggi dalam tempoh 21 dari keputusan pilihanraya diumumkan. untuk lebih jelas.. penulis melampirkan tatacara tersebut.


UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 5
AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954
BAHAGIAN VII
PETISYEN-PETISYEN PILIHAN RAYA

Pelantikan dan kuasa Hakim Pilihan Raya

33. (1) Tiap-tiap petisyen pilihan raya hendaklah dibicarakan oleh Hakim Besar
atau oleh seorang Hakim mana-mana Mahkamah Tinggi yang dinamakan oleh
Hakim Besar bagi maksud itu:
Dengan syarat bahawa Hakim Besar tidak boleh menamakan seorang Hakim
sesuatu Mahkamah Tinggi yang baginya dia bukan Hakim Besarnya tanpa
berunding dengan Hakim Besar Mahkamah Tinggi itu.
(2) Saksi hendaklah disepina dan mengangkat sumpah mengikut cara yang
hampir-hampir serupa, sebagaimana hal keadaan membenarkan, seperti dalam
perbicaraan oleh Mahkamah Tinggi pada menjalankan bidang kuasa sivil asalnya
dan hendaklah tertakluk kepada penalti yang sama kerana pemberian keterangan
palsu.
(3) Dalam perbicaraan sesuatu petisyen pilihan raya di bawah Akta ini, Hakim
Pilihan Raya boleh, dengan perintah yang ditandatangannya sendiri, memaksa
kehadiran mana-mana orang sebagai saksi yang pada hematnya ada kenamengena
dalam pilihan raya yang dimaksudkan oleh petisyen itu, dan mana-mana
orang yang enggan mematuhi perintah itu adalah bersalah kerana menghina
mahkamah. Hakim Pilihan Raya itu boleh memeriksa mana-mana saksi yang
dipaksa sedemikian supaya hadir atau mana-mana orang dalam Mahkamah,
walaupun saksi itu tidak dipanggil dan diperiksa oleh mana-mana pihak kepada
petisyen itu. Selepas pemeriksaan seseorang saksi sebagaimana tersebut dahulu
oleh Hakim Pilihan Raya, saksi itu boleh diperiksa balas oleh atau bagi pihak
pempetisyen dan responden, atau salah seorang daripada mereka.
(4) Melainkan jika selainnya diperintah oleh Hakim Besar, segala interlokutori
berkaitan dengan sesuatu petisyen pilihan raya boleh diurus dan diputuskan oleh
mana-mana Hakim Mahkamah Tinggi dan keputusannya adalah muktamad.
Siapakah yang boleh mengemukakan petisyen
34. Sesuatu petisyen pilihan raya boleh dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi
oleh mana-mana seorang atau lebih daripada orang yang berikut:
(a) seseorang yang telah mengundi atau yang telah ada hak untuk mengundi
dalam pilihan raya yang dimaksudkan oleh petisyen itu;
(b) seseorang yang menuntut sebagai telah ada hak untuk dilapor pilih atau dipilih
dalam pilihan raya itu; atau
(c) seseorang yang mengatakan bahawa dia telah menjadi seorang calon dalam
pilihan raya itu.

Relief yang boleh dituntut

35. Semua atau mana-mana daripada relif yang berikut yang pempetisyen
mungkin berhak kepadanya boleh dituntut dalam sesuatu petisyen pilihan raya:
(a) suatu perisytiharan bahawa pilihan raya itu adalah tidak sah;
(b) suatu perisytiharan bahawa orang itu telah tidak dipilih dengan sempurna atau
sepatutnya telah tidak dilapor pilih;
(c) (Dipotong oleh Akta A1177);
(d) jika kerusi itu dituntut untuk seseorang calon yang tidak berjaya atas alasan
bahawa dia telah mendapat majoriti undi yang sah di sisi undang-undang, suatu
tafahus.
Masa untuk menyelesaikan perbicaraan petisyen pilihan raya
35A. Perbicaraan tiap-tiap petisyen pilihan raya hendaklah diselesaikan tidak lewat
daripada enam bulan dari tarikh petisyen pilihan raya itu dikemukakan.
Keputusan Hakim Pilihan Raya
36. Pada akhir perbicaraan sesuatu petisyen pilihan raya, Hakim Pilihan Raya
hendaklah-
(a) memutuskan sama ada calon yang pengaduan telah dibuat terhadap lapor
pilihan atau pemilihannya itu telah dilapor pilih atau dipilih dengan sewajarnya
atau sama ada pemilihan itu terbatal; dan
(b) mengumumkan keputusan itu di mahkamah terbuka.
(2) Hakim Pilihan Raya itu hendaklah dalam masa empat belas hari selepas
membuat keputusannya di bawah subseksyen (1) membuat perakuan mengenai
keputusannya itu-
(a) kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dalam hal pemilihan seseorang sebagai ahli
Dewan Rakyat, Dewan Undangan, pihak berkuasa tempatan di bawah bidang
kuasa Kerajaan Persekutuan atau dalam hal apa-apa pemilihan lain yang
Suruhanjaya Pilihan Raya mungkin diberi kuasa menjalankannya; atau
(b) dalam hal apa-apa pemilihan lain, kepada Pihak Berkuasa Negeri.
Rayuan
36A. (1) Pempetisyen atau seseorang calon yang pengaduan telah dibuat terhadap
lapor pilihan atau pemilihannya boleh merayu terhadap keputusan Hakim Pilihan
Raya kepada Mahkamah Persekutuan.
(2) Tiap-tiap rayuan di bawah seksyen ini hendaklah dikemukakan dalam masa
empat belas hari dari tarikh keputusan Hakim Pilihan Raya di bawah seksyen 36
dan rayuan itu hendaklah dikemukakan mengikut kaedah-kaedah mahkamah yang
terpakai bagi rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.
(3) Pendaftar Mahkamah Persekutuan hendaklah, dalam masa empat belas hari
dari tarikh keputusan Mahkamah Persekutuan membuat perakuan mengenai
keputusan itu-
(a) kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dalam hal pemilihan seseorang sebagai ahli
Dewan Rakyat, Dewan Undangan, pihak berkuasa tempatan di bawah bidang
kuasa Kerajaan Persekutuan atau dalam hal apa-apa pemilihan lain yang
Suruhanjaya Pilihan Raya mungkin diberi kuasa untuk menjalankannya; atau
(b) dalam hal apa-apa pemilihan lain, kepada Pihak Berkuasa Negeri.
Masa untuk menyelesaikan pendengaran rayuan
36B. Walau apa pun mana-mana undang-undang lain yang berlawanan, sesuatu
rayuan terhadap keputusan seorang Hakim Pilihan Raya hendaklah didengar dan
diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam masa enam bulan dari tarikh
rayuan itu dikemukakan.


Kesan keputusan Hakim Pilihan Raya atau Mahkamah Persekutuan.

36C. Pada akhir tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen 36A(2), jika tiada
rayuan kepada Mahkamah Persekutuan, atau apabila perakuan diberikan di bawah
subseksyen 36A(3), jika terdapat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan, maka
keputusan Hakim Pilihan Raya atau keputusan Mahkamah Persekutuan, mengikut
mana-mana yang berkenaan, adalah muktamad, dan lapor pilihan atau pemilihan
itu hendaklah disahkan atau pilihan raya itu hendaklah terbatal dan dalam hal
sedemikian dalam masa tiga puluh hari dari berakhirnya tempoh itu atau dari
tarikh perakuan itu diberikan, Suruhanjaya Pilihan Raya atau Pihak Berkuasa
Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah memberikan notis
pilihan raya di dalam bahagian pilihan raya atau kawasan pilihan raya yang
berkenaan mengikut perakuan yang diberikan di bawah subseksyen 36A(2) atau
(3).

Laporan Hakim atau Pendaftar tentang perbuatan rasuah atau
perbuatan yang menyalahi undang-undang.

37. Pada akhir perbicaraan sesuatu petisyen pilihan raya atau pendengaran
sesuatu rayuan terhadap keputusan seseorang Hakim Pilihan Raya, Hakim Pilihan
Raya itu atau Pendaftar Mahkamah Persekutuan, mengikut mana-mana yang
berkenaan, hendaklah juga melaporkan secara bertulis-
(a) kepada Suruhanjaya Pilihan Raya, mengenai pemilihan seseorang sebagai ahli
bagi Dewan Rakyat, Dewan Undangan, majlis perbandaran ibu kota persekutuan
atau mengenai apa-apa pemilihan lain yang Suruhanjaya Pilihanraya mungkin
diberikuasa menjalankannya; atau
(b) dalam apa-apa pemilihan lain, kepada Pihak Berkuasa Negeri-
(i) sama ada apa-apa perbuatan rasuah atau perbuatan yang menyalahi undangundang
telah dibuktikan atau telah tidak dibuktikan sebagai telah dilakukan oleh
atau dengan pengetahuan dan persetujuan seseorang calon dalam pilihan raya itu,
atau oleh ejennya, dan juga jenis perbuatan rasuah atau perbuatan yang
menyalahi undang-undang itu, jika ada; dan
(ii) nama dan perihal semua orang, jika ada, yang telah dibuktikan dalam
perbicaraan itu sebagai telah bersalah atas apa-apa perbuatan rasuah atau
perbuatan yang menyalahi undang-undang.
(2) Sebelum mana-mana orang, yang bukan suatu pihak dalam suatu petisyen
pilihan raya dan juga bukan seorang calon yang bagi pihaknya kerusi itu dituntut
melalui suatu petisyen pilihan raya, dilaporkan oleh seorang Hakim Pilihan Raya
atau Pendaftar Mahkamah Persekutuan di bawah seksyen ini, Hakim Pilihan Raya
atau Pendaftar Mahkamah Persekutuan hendaklah memberi orang itu hak untuk
didengar dan untuk memberi dan meminta keterangan bagi menunjukkan
mengapa dia tidak patut dilaporkan sedemikian.
(3) Apabila seorang Hakim Pilihan Raya atau Pendaftar Mahkamah Persekutuan
melaporkan bahawa suatu perbuatan rasuah atau perbuatan yang menyalahi
undang-undang telah dilakukan oleh mana-mana orang, maka orang itu hendaklah
tertakluk kepada ketakupayaan yang sama seolah-olah pada tarikh laporan itu dia
telah disabitkan atas perbuatan itu dan seseorang hendaklah tertakluk kepada
ketakupayaan yang sama sekiranya dia ialah seorang calon dalam pilihan raya itu
dan Hakim Pilihan Raya atau Pendaftar Mahkamah Persekutuan itu melaporkan
bahawa perbuatan rasuah atau perbuatan yang menyalahi undang-undang itu
telah dilakukan dengan pegetahuan atau persetujuannya atau oleh ejennya.
(4) Suruhanjaya Pilihan Raya atau Pihak Berkuasa Negeri (mengikut mana-mana
yang berkenaan) hendaklah menyebabkan suatu salinan laporan itu disiarkan
dalam Warta, dan menjadi kewajipan tiap-tiap pegawai pendaftaran membaca
laporan itu dengan segera dan memotong dengan segera daripada daftar atau
senarai pemilih yang diuntukkan kepadanya nama tiap-tiap orang yang didapati
dariapada laporan itu sebagai tidak boleh mengundi dalam sesuatu pilihan raya.
Masa untuk pengemukaan
38. (1) Tiap-tiap Petisyen pilihan raya hendaklah dikemukakan dalam tempoh dua
puluh satu hari dari tarikh keputusan pilihan raya itu disiarkan dalam Warta:
Dengan syarat bahawa-
(a) sesuatu Petisyen pilihan raya yang mempersoalkan lapor pilihan atau pemilihan
atas alasan sesuatu perbuatan rasuah dan dengan khususnya mengatakan bahawa
pembayaran wang atau perbuatan lain telah dibuat atau dilakukan semenjak tarikh
yang tersebut dahulu oleh orang yang pemilihannya dipersoalkan atau oleh
seseorang ejen orang itu atau dengan pengetahuan orang itu atau ejen pilihan
rayanya pada menurut atau pada melaksanakan perbuatan rasuah itu boleh,
setakat yang berkenaan dengan perbuatan rasuah itu, dikemukakan pada bila-bila
masa dalam tempoh dua puluh lapan hari selepas tarikh pembayaran atau
perbuatan itu;
(b) sesuatu petisyen pilihan raya yang mempersoalkan lapor pilihan atau pemilihan
atas suatu pengataan mengenai suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang
boleh, setakat yang berkenaan dengan perbuatan yang menyalahi undang-undang
itu, dikemukakan dalam masa yang berikut:
(i) pada bila-bila masa sebelum tamat empat belas hari selepas tarikh penyiaran
dalam Warta notis yang dikehendaki oleh seksyen 24 tentang belanja pilihan raya
bagi orang yang pemilihannya dipersoalkan;
(ii) jika petisyen pilihan raya itu mengatakan secara khusus bahawa pembayaran
wang atau perbuatan lain telah dibuat atau dilakukan semenjak tarikh tersebut
oleh orang yang pemilihannya dipersoalkan atau oleh seseorang ejen orang itu
atau dengan pengetahuan orang itu atau ejen pilihan rayanya pada menurut atau
pada melaksanakan perbuatan yang menyalahi undang-undang yang dikatakan di
dalam
petisyen pilihan raya itu, maka petisyen itu boleh dikemukakan pada bila-bila masa
dalam tempoh dua puluh lapan hari selepas sahaja tarikh pembayaran atau lainlain
perbuatan itu.
(2) Sesuatu petisyen pilihan raya yang dikemukakan dalam masa yang sepatutnya
boleh, bagi maksud mempersoalkan lapor pilihan atau pemilihan atas suatu
pengataan mengenai suatu perbuatan rasuah atau perbuatan yang menyalahi
undang-undang, dipinda dengan kebenaran seorang Hakim Mahkarnah Tinggi
dalam masa sesuatu petisyen pilihan raya mempersoalkan lapor pilihan atau
pemilihan atas alasan itu boleh dikemukakan.
(3) Bagi maksud seksyen ini, jika ada maaf yang dibenarkan kerana gagal
membuat dan menghantar penyata dan pernyataan berkenaan dengan belanja
pilihan raya, tarikh pemberian maaf itu atau, jika ada kegagalan tentang dua atau
lebih butir dan maaf itu telah diberi pada masa yang berlainan, maka tarikh
pemberian maaf yang terakhir itu hendaklah menggantikan tarikh penyiaran notis
yang disebutkan dalam proviso kepada perenggan (1) (b).
Larangan mengenai pendedahan undi
39. Tiada seorang pun pemilih yang telah mengundi dalam mana-mana pilihan
raya boleh, dalam mana-mana prosiding yang mempersoalkan pilihan raya itu,
dikehendaki menyatakan siapa yang telah diundinya.
Undi hendaklah dipotong dalam suatu tafahus
40. (1) Atas sesuatu tafahus dalam perbicaraan sesuatu petisyen pilihan raya
hanya undi yang berikut sahaja boleh dipotong:
(a) undi mana-mana orang yang namanya tidak ada dalam daftar atau dalam
senarai pemilih yang diuntukkan bagi tempat mengundi di mana undi itu telah
direkodkan atau yang telah tidak dibenarkan mengundi di tempat mengundi itu;
(b) undi mana-mana orang yang undinya telah diperolehi melalui penyogokan,
penjamuan atau pengaruh tak wajar;
(c) undi mana-mana eorang yang telah melakukan atau mendapatkan pelakuan
menyamar dalam pilihan raya itu;
(d) jika pilihan raya itu adalah suatu pilihan raya biasa, undi mana-mana orang
yang telah dibuktikan sebagai telah mengundi dalam pilihan raya biasa itu dalam
lebih daripada satu bahagian pilihan raya atau kawasan pilihan raya;
(e) undi mana-mana orang yang tidak boleh mengundi dalam pilihan raya itu oleh
sebab suatu sabitan atas perbuatan rasuah atau perbuatan yang menyalahi
undang-undang atau oleh sebab laporan seorang Hakim Pilihan Raya atau
Pendaftar Mahkamah Persekutuan atau oleh sebab sabitan bagi sesuatu kesalahan
di bawah seksyen 3; dan
(f) undi yang diberikan untuk seseorang calon yang hilang kelayakan oleh
seseorang pengundi yang mengetahui bahawa calon itu telah hilang kelayakan
atau fakta yang menyebabkan hilang kelayakan itu, atau selepas notis awam yang
memadai mengenai hilang kelayakan itu atau fakta-fakta yang menyebabkannya
adalah nyata diketahui ramai.
(2) Undi seseorang pengundi berdaftar tidak boleh, kecuali dalam hal yang
dinyatakan dalam subseksyen (1)(e), dipotong dalam sesuatu tafahus sematamata
oleh sebab pengundi itu telah tidak atau adalah tidak layak mendapatkan
namanya dicatatkan dalam daftar atau senarai pemilih.
(3) (Dipotong oleh Akta A1177).
Penolakan kertas undi oleh pegawai pengurus atau ketua tempat mengundi adalah
muktamad
41. Mengenai sesuatu petisyen pilihan raya, keputusan seseorang pegawai
pengurus atau ketua tempat mengundi, sama ada atau tidak sesuatu kertas undi
hendak ditolak, di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan
dengan pilihan raya itu, tidak boleh dipersoalkan.
Tatacara dan amalan mengenai petisyen pilihan raya
42. (1) Tatacara dan amalan mengenai petisyen pilihan raya hendaklah dikawal
selia oleh kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954 yang diperuntukkan dalam
Jadual Kedua.
(2) Apabila apa-apa perkara tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Kaedah-
Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954, Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980,
[P.U.(A)50/1980] hendaklah terpakai.