Tuesday, October 27, 2009

FRANCIS FUKUYAMA

FRANCIS FUKUYAMA



PENGENALAN

Sebagai seorang sarjana politik, Francis Fukuyama sentiasa diingati kerana tesis beliau iaitu “berakhirnya sejarah” pada tahun 1989. beliau juga berterus-terang mengenai kedudukannya sebagai seorang neokonservatif dan terlibat secara dekat dalam perencanaan agenda Pax Amerikana melalui Poject for the New American Century. Namun, selepas peristiwa 11 september 2001 telah menjadikan Fukuyama percaya bahawa pendekatan neokonservatif dalam menangani perang menentang keganasan adalah salah. Selain tesis, Fukuyama juga banyak menerbitkan buku antaranya seperti Blindside:How to Anticipate Forcing Events and Wild Cards in Global Politics (2008), America at the Crossroads:democracy, power, and the neoconservative legacy (2007), Trust:the social virtues and the creation of prosperity (1995), East Asian multilateralism:prospercts for regional stability (2008). Sehingga kini buku dan jurnal beliau menjadi rujukan oleh kebanyakkan sarjana dan pelajar universiti di serata dunia yang ingin mengetahui scenario politik dunia.

LATAR BELAKANG

Francis Fukuyama telah dilahirkan pada 27 Oktober 1952 di Hyde Park Chicago. Bapanya Yoshio Fukuyama merupakan generasi kedua keturunan Jepun-Amerika telah dilatih menjadi menteri dalam gereja dan menerima gelaran kedoktoran sosiologi dari University Chicago. Ibu beliau Kawata Toshiko Fukuyama, lahir di Kyoto, Jepun dan merupakan puteri kepada pengasas Fakulti Ekonomi di Universiti Kyoto dan Presiden pertama dari Osaka City University di Osaka Jepun. Zaman kanak-kanak beliau banyak dihabiskan di Bandar New York sehinggalah pada tahun 1967 keluarganya berpindah ke State College, Pennsylvania di mana beliau mendapat pendidikan awal di sana.

Fukuyama telah menerima Ijazah dalam bidang Klasik Seni dari university Cornell di mana beliau telah mempelajari ilmu falsafah politik dari Allan Bloom. Kemudiannya beliau memperolehi Ph.D dalam bidang kerajaan dari Universiti Harvard di mana beliau turut belajar bersama-sama dengan Samuel P.Hungtinton, Harvey C.Mansfield dan ramai lagi. Fukuyama telah memasuki sebuah persatuan iaitu Persatuan Telluride semenjak beliau berada di Universiti Cornell di mana persatuan tersebut merupakan sebuah persatuan yang intelek di mana ahlinya terdiri daripada akar intelek serata dunia seperti Steven Weinberg, Paul Wolfowitz, Kathleen Sullivan dan ramai lagi. Beliau pada ketika ini merupakan Profesor Ekonomi Politik Antarabangsa dan Pengarah Program Pembangunan Antarabangsa di Paul H. Nitze School of Advance International dari universiti Johns Hopkins yang berlokasi di Washington.

Francis Fukuyama amat dikenali pada zaman ini kerana beliau telah menerbitkan sebuah buku yang telah mengejutkan seluruh dunia iaitu “ The End of History and The Last Man” di mana beliau berpendapat bahawa perkembangan sejarah manusia sebagai ideology perjuangan antara sebahagian besar pada akhirnya negara menuju kepada demokrasi liberal selepas akhir Perang Dingin dan jatuhnya Tembok Berlin pada tahun 1989.


KARYA

Terdapat beberapa karya beliau yang popular masa kini di antaranya ialah; Trust: the social virtues and the creation of prosperity (1995), America at the crossroads: democracy, power, and the neoconservative legacy (2007), East Asian multilateralism: prospects for regional stability (2008), dan Blindside: How to Anticipate Forcing Events and Wild Cards in Global Politics (2008).

Di dalam buku Trust misalnya, menceritakan tentang sebuah penilaian tajam yang muncul tataekonomi global “selepas sejarah”, ia menjelaskan prinsip-prinsip social kehidupan ekonomi dan memberitahu kita apa yang kita perlu tahu untuk memenangi perjuangan yang akan datang untuk mendominasi dunia. Fukuyama meneliti pelbagai budaya nasional dalam rangka prinsip-prinsip asas ketuhanan yang menggalakkan kesejahteraan social dan ekonomi.

Di dalam bukunya America at the Crossroads pula, beliau mengkritik terhadap perang teluk di Iraq yang membuatnya menjadi seorang Neoconservatif bertentangan dengan rakan-rakan baiknya yang lain di dalam mahupun di luar pemerintahan Bush. Di dalam karya beliau ini, ada menjelaskan bagaimana didalam membuat keputusan untuk menyerang Iraq, kerajaan Bush pada ketika itu telah gagal di dalam membuat keputusan terhadap pengurusan dasar luar negeri Amerika. Di antaranya ialah; kesilapan pentadbiran semasa perang pencegahan prinsip utama dasar luar negaranya. Selain itu, kesilapan menilai reaksi global terhadap pelaksanaan “hegemoni penuh kebaikan”. Fukuyama turut mencadangkan supaya wujud suatu pendekatan baru terhadap dasar luar negera Amerika.

Selain itu, buku beliau The End of History and the Last Man mendapat perhatian ramai sarjana dan ahli politik. Ramai mengkritik tulisan beliau dan beranggapan bahawa tesis beliau itu sebagai satu cubaan untuk melegitimasikan kemenangan ideologi demokrasi liberal dalam era pasca Perang Dingin. Pandangan tersebut dikukuhkan lagi kemudiannya oleh Charles Krauthammer dan Samuel Huntington apabila mereka meramalkan bahawa system pasca Perang Dingin akan menyaksikan kewujudan kuasa unipolar yang tidak tercabar dan cabaran pertembungan elemen peradaban yang mungkin dating dari Islam.

FALSAFAH


Fukuyama menjelaskan bagaimana beliau terdidik di dalam tradisi Neokonservatif yang mantap dengan bertugas atau terdidik melalui mentor dan intelektual Neokonservatif seperti Paul Wolfowitz iaitu Pendokong utama Perang Iraq dan tokoh utama Neokonservatif dalam penggal pertama Bush), Albert Wohlstetter (mentor kepada Wolfowitz dan pakar ketenteraan Amerika Syarikat dalam era Perang Dingin), Allan Bloom (ahli falsafah yang merupakan generasi kedua pengikut ahli falsafah klasik, Leo Strauss) dan William Kristol (intelektual utama neokonservatif generasi kedua). Namun serangan terhadap Iraq akhirnya menjadikan beliau merasakan bahawa neokonservatif telah tersalah mengaplikasikan prinsip umum yang dipegang neokonservatif. Menyedari hakikat bahawa Amerika Syarikat diasingkan oleh seluruh dunia hasil serangan terhadap Iraq dan kegagalan menjumpai senjata pemusnah.

Beliau menegaskan bahawa dua antara empat reaksi Bush terhadap kejadian 11 September iaitu pembentukan doktrin serangan awal dan serangan terhadap Iraq adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan. Walaupun tidak menolak rasional pendekatan ini, namun penekanan keterlaluan Bush terhadap konsep pertukaran rejim dan keistimewaan untuk bertindak sendirian telah menjadikan reaksi tersebut sesuatu yang kontroversi.

Pendekatan neokonseratif ini berbeza dengan tiga lagi pendekatan dasar luar Amerika Syarikat hari ini iaitu realis yang beracukan tradisi Henry Kissinger (penekanan terhadap kuasa dan tidak mengendahkan sifat semulajadi dalaman sesuatu rejim dalam Negara), internasionalis liberal (gagasan pembentukan orde antarabangsa berdasarkan undang-undang dan institusi) dan nasionalis Jacksonian (golongan yang gemarkan dasar pemencilan dan memandang persoalan kepentingan nasional dan keselamatan dari sudut yang sempit). Namun tidak satu pun pendekatan ini merujuk kepada corak dasar luar yang diambil oleh Amerika Syarikat selepas 11 September dan serangan terhadap Iraq.

Di dalam kelompangan ini, Francis Fukuyama memperkenalkan fahaman Realistik Wilsonianisme yang masih menggunakan premis dan prinsip neokonservatif (penekanan terhadap tingkahlaku dalaman sesuatu negara dan kekuasaan Amerika Syarikat bagi mencapai tujuan moral) tetapi memberi perhatian terhadap aspek kejuruteraan social yang realistik dan penggantungan terhadap rejim kerjasama antarabangsa.





No comments:

Post a Comment