Tuesday, November 27, 2012

MALAYSIA PERLU BANGKIT






Seperti yang kita semua tahu, Pertembungan antara Skuad Harimau Malaya dan Singapura menyaksikan kita tumpas mudah kepada singapura dengan kekalahan 0-3. Jika diimbas corak permainan Malaysia, sememangnya tidak menunjukkan seperti juara pertahan piala AFF Suzuki. setiap hantaran jauh yg dibuat tidak berkualiti, sering dapat dijangkakan oleh pertahanan singapura.

Namun, hantaran pendek skuad Singapura pula perlu dipuji kerana sering memberi tekanan kepada pertahanan Malaysia. Singapura lebih gemar menggunakan hantaran pendek berbanding Malaysian kerana hantaran pendek ini jelas mampu memberi penguasaan bola yg lebih. begitulah yang diamalkan oleh kebanyakan pasukan antarabangsa seperti sepanyol, Argentina, German dan sebagainya. hantaran pendek ini lebih kepada memberi keyakinan kepada pemain untuk menguasai perlawanan dan yang penting membina keserasian antara pemain.

Malaysia seharusnya belajar dari kekalahan ini dan mengubah corak permainan daripada hantaran jauh kepada hantaran pendek. Jika tidak tidk mustahil nasib yang sama akan diterima skuad Malaysia apabila bertemu Laos nanti.

Bahagian tengah Malaysia juga harus bijak mencipta gerakan yang menarik bagi memberi ruang kepada Penyerang kita. kalau pun penyerang kita dikawal ketat oleh pemain pertahanan, bahagian tengah kita seharusnya mampu menjadi senjata pemusnah juga.

Apa-apa pun, penulis berharap Malaysia mampu bangkit dalam perlawanan menentang Laos. walaupun kebanyakan penyokong Malaysia mula hilang kepercayaan kepada Malaysia, namun misi harus diteruskan juga. Pastikan menang apabila menentang laon nanti.

Malaysia, we proud of you..!

No comments:

Post a Comment