Friday, January 20, 2012

SENARIO POLITIK VIETNAM MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN EKONOMI VIETNAM

LATAR BELAKANG.


NEGARA VIETNAM

Vietnam ialah negara paling timur di semenanjung Indochina di Asia Tenggara. Ia bersempadan dengan negara China di utara, Laos di barat laut dan Kemboja di barat daya. Di pantai timur negara ini adalah Laut China Selatan. Pada ketika ini kepadatan penduduk di Vietnam mencecah 87 juta orang. Ini meletakkan Vietnam sebagai negara ke-13 mempunyai penduduk yang teramai di dunia. Selain itu, negara ini juga tersenarai di kalangan sebelas ekonomi yang aktif. Menurut perangkaan kerajaannya, kadar kenaikan KDNK Vietnam mencapai 8.17% pada tahun 2006, iaitu kadar pertumbuhan KDNK kedua terpantas di kalangan negara-negara Asia Timur dan yang terpantas di Asia Tenggara. Vietnam juga mempunyai hasil bumi seperti minyak, gas asli, bauksit serta batu permata. Selain itu, Vietnam juga terkenal dengan kualiti tekstil, beras, kopi dan tembaganya.

PERANG VIETNAM

Perang Vietnam, ada kalanya disebut juga Perang Indochina ataupun "Konflik Vietnam". Dalam bahasa Vietnam, peperangan ini disebut sebagai "Perang Amerika" ataupun mengikut nama yang digunakan oleh Kerajaan Vietnam, Khang Chien Chong My (Peperangan Menentang Amerika). Peperangan ini melibatkan Republik Demokratik Vietnam (dipanggil juga Vietnam Utara) dan sekutunya menentang Republik Vietnam (ataupun Vietnam Selatan) dan sekutunya, khususnya Amerika Syarikat.
Ramai pemerhati Barat melihat perang ini sebagai perang proksi bagi Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet. Perang ini salah satu daripada beberapa konflik semasa Perang Dingin di antara Amerika Syarikat dan sekutunya menentang Kesatuan Soviet dan sekutunya. Perang seperti ini disebut sebagai perang proksi kerana Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sendiri tidak pernah bersemuka secara terang-terang di medan pertempuran kerana khuatir akan meletuskan peperangan nuklear yang amat membinasakan.
Vietnam Utara pada ketika itu dikuasai oleh Barisan Pembebasan Vietnam Selatan (Vietcong), Kesatuan Soviet dan China manakala Vietnam Selatan pula dikuasai oleh Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Korea Selatan. Sekutu Vietnam Selatan menghantar bantuan tentera untuk berjuang di Vietnam. Penglibatan tentera Amerika Syarikat sebenarnya bermula sejak tahun 1959 lagi, tetapi bilangan tentera yang terlibat kecil. Askar Amerika dihantar dalam jumlah yang besar ke Vietnam Selatan mulai tahun 1965 dan hanya berundur sepenuhnya dalam tahun 1973.
Peperangan ini telah mengorbankan ramai penduduk awam. Peperangan tamat secara rasminya pada 30 April 1975 apabila Vietnam Selatan tewas keseluruhannya.

POLITIK

Republik Sosialis Vietnam ialah sebuah negara yang mempunyai sistem politik satu parti. Satu perlembagaan negara baru telah diluluskan pada April 1992 bagi menggantikan perlembagaan lama yang telah digubal pada tahun 1975. Dalam perlembagaan baru ini telah menegaskan peranan utama parti Komunis di dalam semua jentera kerajaan, politik dan masyarakat. Di dalam politik, hanya parti politik yang bergabung dengan Parti Komunis sahaja yang dibenarkan bertanding dalam pilihan raya. Ini termasuklah Barisan Tanah Air Vietnam, para buruh dan parti-parti kesatuan sekerja.

EKONOMI

Perang Vietnam telah memusnahkan kebanyakan ekonomi Vietnam. Selepas berakhirnya peperangan, kerajaan telah memperkenalkan ekonomi terancang untuk memulihkan ekonomi negara. Pengkolektifan ladang-ladang, kilang-kilang dan modal ekonomi dilaksanakan, dan berjuta-juta rakyat diberi pekerjaan di bawah rancangan kerajaan. Selama berdekad-dekad, ekonomi Vietnam diselubungi ketidakcekapan dan rasuah dalam banyak hal ehwal rancangan negeri, mutu kualiti barangan yang rendah dan kurang pengeluaran serta sekatan terhadap ekonomi dan perdagangan. Yang amat memeritkan bagi Vietnam ialah apabila Amerika Syarikat dan sekutunya telah mengenakan sekatan perdagangan selepas berakhirnya peperangan Vietnam. Namun pada tahun 1986, Kongres Parti Keenam telah memperkenalkan pembaharuan ekonomi penting dengan unsur-unsur ekonomi pasaran terbuka sebagai sebahagian pakej pembaharuan ekonomi meluas yang diberi nama “Doi Moi”. Doi Moi dilihat sebagai jalan keluar kepada masalah ekonomi negara Vietnam. Kejayaan Doi Moi telah melonjakkan KDNK Vietnam iaitu sekitar 8% dari tahun 1990 hingga 1997 dan berterusan pada sekitar 7% pada tahun 2000 hingga 2005 menjadikan ekonomi kedua paling pesat bertumbuh di dunia. Justeru, jelas menunjukkan dasar “Doi Moi” telah melonjakkan ekonomi Vietnam sehingga menjadikan ianya sebuah negara yang mempunyai ekonomi yang paling terbuka di Asia.

DASAR DOI MOI (TRANSFORMASI/PENGUBAHSUAIAN EKONOMI).

Selepas tamatnya peperangan di Vietnam, kerajaan Vietnam merasakan perlu ada program untuk memulihkan ekonominya. Pada akhir tahun 1975 selepas peperangan, usaha untuk memulihkan ekonomi bermula dengan penyatuan antara Utara Vietnam dan Selatan Vietnam. Usaha ini adalah untuk memusatkan ekonominya. Maka lahirlah Dasar Doi Moi. Doi Moi bermaksud pengubahsuaian atau transformasi ekonomi. Kalau dahulunya, sistem ekonomi Vietnam lebih terarah kepada sosialis atau sentralis tetapi setelah Doi Moi diperkenalkan sistem ekonominya telah bertukar kepada Kapitalis atau liberalis. Vietnam telah membuka ekonominya dan memberi ganjaran yang menarik kepada pelabur-pelabur yang melabur di Vietnam.
Peringkat transformasi ekonomi Vietnam di bawah dasar Doi Moi dapat dilihat dalam tiga peringkat. Peringkat pertama (1975-1979) adalah peringkat pemusatan atau penyatuan wilayah antara utara dan selatan. Pada tahun tersebut usaha untuk menggabungkan ekonomi Vietnam Utara dan Vietnam Selatan dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Ini bertujuan untuk memusatkan kegiatan ekonomi dan mudah untuk memantau dan menyalurkan bantuan sekiranya perlu. Sekiranya Vietnam dipisahkan kepada dua bahagian, maka usaha untuk membangunkan ekonomi akan terganggu kerana tiada kawalan terhadap penggunaan sumber ekonomi. Peringkat kedua (1980-1986) adalah peringkat percubaan di mana Vietnam cuba mengubah sistem ekonomi sosialis kepada liberalis yang lebih terbuka. Di peringkat ini pada awalnya telah mendapat reaksi negatif kebanyakan pihak kerana masyarakatnya tidak mahu ada pihak yang akan menindas mereka nanti dan negara akan semakin mundur. Namun jangkaan kebanyakan pihak meleset kerana keterbukaan ekonomi yang digunakan Vietnam telah melonjakkan ekonominya.
Di peringkat ketiga (1986-1992) setelah melihat sistem kapitalis atau sistem keterbukaan ekonomi telah mendapat reaksi positif banyak pihak, maka kerajaan Vietnam telah menerapkan dasar yang perlu digunakan untuk memastikan transformasi ekonominya berjaya. Maka pada tahun 1987, Vietnam telah memperkenalkan dasar Doi Moi untuk memacu pertumbuhan ekonominya. Dengan lingkungan politik, sosial dan ekonomi yang cepat berubah, Vietnam merasakan dasar Doi Moi mampu untuk meningkatkan ekonominya dengan idea “pertumbuhan demi pertumbuhan” yang mendasari dasar tersebut. Maka Vietnam kini telah menjadi sebuah negara yang dikenali sebagai negara yang mempunyai sistem ekonomi paling terbuka di Asia Tenggara. Kemasukan Vietnam sebagai negara anggota ke tujuh ASEAN telah menambahkan lagi pertumbuhan eekonominya.
Beberapa pelan strategi yang digunakan untuk menarik pelabur asing untuk terus melabur di Vietnam. Antaranya dengan memberikan kemudahan Tax Holiday kepada pelabur asing. Strategi ini telah berjaya menarik kemasukan pelabur asing seperti Taiwan, Hong Kong, Jepun dan Korea Selatan ke Vietnam. Antara kejayaan Doi Moi ialah apabila jumlah eksport beras telah meningkat dari 34.2 juta Tan setahun kepada 34.8 Juta Tan setahun. Vietnam merupakan negara kedua pengeksport beras terbesar di dunia selepas Thailand.
Dari sudut sektor industrinya pula, kejayaan dasar Doi Moi dapat dilihat bermula pada tahun 2000 apabila usaha mula ditumpukan pada industri pengeluaran utama yang mempunyai daya saing seperti pengeluaran minyak dan gas serta kasut kulit. Bagi memastikan pertumbuhan KDNK negara terus meningkat, langkah seperti memberi subsidi kepada bunga pinjaman, mengenakan Value Add Tax (VAT) digunakan agar pendapatan dalam negara terus meningkat. Langkah ini telah berjaya meningkatkan KDNK Vietnam. Hasil kejayaan dari laporan sosio-ekonomi lima tahun mereka iaitu (1996-2000), maka dibuat pula rancangan 2001-2010 di mana sasaran lima tahun pertama mereka (2001-2005) menetapkan pertumbuhan GDP tahunan mereka kepada 7% dan melipatgandakan pada lima tahun keduanya kepada 14%. Maka dari itu pihak berkuasa Vietnam bertekad untuk terus membuka pasaran ekonominya kepada pasaran antarabangsa. Vietnam kini lebih menghasilkan industri berasaskan eksport yang lebih berdaya saing.
Pada tahun 2001 juga melihatkan beberapa sasaran telah ditetapkan seperti; pertama; menstrukturkan semula bank pemerintah dan meningkatkan daya saing bank komersial. kedua; mengekalkan tahap pertumbuhan eksport yang tinggi dengan memperbaiki kemampuan dalam menarik pelabur asing (Foreign Direct Investment) dan bantuan rasmi untuk pembangunan (Official Development Assistance), dan ketiga; membangunkan pendidikan, kajian ilmiah, dan menangani secara professional isu-isu kemasyarakatan secara berterusan.
Usaha demi usaha telah dijalankan oleh kerajaan Vietnam bagi memastikan pertumbuhan ekonominya terus meningkat seperti menjadi ahli ASEAN Free Trade Area (AFTA) dan memasuki perjanjian US-Vietnam Bilateral Trade pada Disember 2001. Di dalam perjanjian tersebut sejak dari itu eksport Vietnam ke Amerika Syarikat pada tahun 2002 dan seterusnya berlipat ganda pada 2003. Vietnam juga kini telah menjadi ahli WTO pada 11 Januari 2007 yang mana ia membenarkan Vietnam mengambil peluang ke atas penghapusan Persetujuan pada Tekstile dan Pakaian (Agreement on Textiles and Clothing). Ini bermaksud apabila Vietnam menjadi Ahli WTO dan berurusan dengan Amerika Syarikat, maka barangan Vietnam terutamanya tekstil telah mendapat pengiktirafan antarabangsa dan ini telah memberi peluang kepada Vietnam untuk terus meningkatkan ekonominya. Purata KDNK Vietnam adalah sekitar 7.1% setahun bermula pada tahun 2000 sehingga 2004 dan kemudiannya meningkat 8.4% pada 2005. Mengikut Menteri Perancangan Ekonomi Vietnam, kerajaan Vietnam mensasarkan kenaikan KDNK Vietnam ialah sebanyak 8.5% pada akhir 2007. Tetapi kenaikan yang dicapai oleh Vietnam pada 2005 (8.4%) begitu mengejutkan semua pihak. Justeru, pelan Doi Moi dilihat telah berjaya merealisasikan impian kerajaan Vietnam dan yang penting ialah menjadikan Vietnam salah sebuah negara yang mempunyai pertumbuhan ekonomi yang paling cepat di rantau Asia.

KESIMPULAN.

Vietnam merupakan negara membangun yang padat penduduk yang sedang pulih akibat peperangan 30 tahun lalu, kehilangan bantuan kewangan daripada negara blok Soviet lama, dan kekakuan ekonomi perancangan pusat. Kemajuan pesat sedang dicapai semenjak 1986 sehingga 1997 dalam bergerak ke hadapan daripada perkembangan tahap rendah kepada penghapusan kemiskinan yang berjaya.
Semenjak dasar transformasi ekonomi Doi Moi diperkenalkan, ekonomi Vietnam terus tumbuh dengan pesat. Sektor industrinya terus mengeluarkan produk yang berdaya saing di peringkat antarabangsa. Produk Vietnam juga telah mendapat pengiktirafan dari Amerika Syarikat. Pengiktirafan ini telah melonjakkan lagi pendapatan Vietnam.
Pertumbuhan purata sekitar 9% setahun dari 1993 ke 1997. Pada 1997 masalah kewangan Asia menimbulkan masalah pada ekonomi Vietnam dan memberi peluang kepada pembangkang pembaharuan untuk melambatkan kemajuan ke arah ekonomi pasaran bebas. Pertumbuhan GDP 8.5% pada 1997 jatuh ke 6% pada 1998 dan 5% pada 1999. Pertumbuhan kemudiannya meningkat kepada 7% pada 2000-2004 dan kepada 8.5% pada 2005 walaupun berhadapan dengan kemelesetan sejagat.
Semenjak 2001, bagaimanapun pihak berkuasa Vietnam menegaskan tekad mereka kearah ekonomi bebas dan penyatuan antarabangsa. Mereka telah bertukar untuk melaksanakan pembaharuan struktur yang diperlukan bagi memodenkan ekonomi dan menghasilkan industri berasaskan eksport yang lebih daya saing. Keahlian Vietnam pada ASEAN Free Trade Area (AFTA) dan kemasukan dalam kuasa US-Vietnam Bilateral Trade pada Disember 2001 telah mendorong pertukaran pesat pada regim ekonomi dan perdagangan.
Eksport Vietnam ke Amerika Syarikat berganda pada 2002 dan sekali lagi pada 2003. Vietnam berusaha kearah penerimaan kedalam WTO pada 2005. Antar kelebihan lain, penerimaan akan membenarkan Vietnam mengambil kesempatan keatas penghapusan Persetujuan pada Tekstile dan Pakaian (Agreement on Textiles and Clothing), yang menghapuskan kuata pada tekstile dan pakaian bagi ahli WTO pada 1 January 2005.
Vietnam berusaha meningkatkan peluang pekerjaan untuk menyaingi kadar kelahiran tinggi. Bagaimanapun kadar inflasi tinggi 2004 memaksa pihak berkuasa Vietnam mengetatkan lagi polisi kewangan dan fiskal.
Dasar Doi Moi telah berjaya meningkatkan ekonomi Vietnam. Kemasukan Vietnam di dalam WTO juga telah menyebabkan barangan Vietnam terutamanya Tekstil telah mendapat pengiktirafan antarabangsa. Kini Vietnam telah menjadi antara negara yang pesat membangun di Asia Tenggara kerana dasar Doi Moi.

DINNER RED CARPET & MASQUERADE..


Gambar Kenangan Dinner Red Carpet & Masquerade 2011..


Aku..



Aku & staff


aku & Masquerade..



Aku & staff



Aku & Staff


Aku & Staff


Aku & Staff



Aku & Dia..
















KUASA UNIPOLAR AMERIKA SYARIKAT MAMPU MENGEMBALIKAN KESTABILAN DUNIA??

PENDAHULUAN

Bagi membincangkan perkara ini, perbincangan ni akan menerangkan secara berperingkat bermula dengan bagaimana bermulanya kuasa unipolar Amerika Syarikat setelah tamatnya Perang Dunia Kedua. Kemudian akan menerangkan tentang kesan dari tamatnya Perang Dunia Kedua dan berlakunya Perang Dingin antara Amerika Syarikat dan Soviet Union. Perbincangan ini turut menerangkan kesan dari tamatnya Perang Dingin antara Amerika Syarikat dan Soviet Union. Turut dibincangkan ialah bagaimana Amerika dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjalinkan hubungan yang baik serta di akhir perbincangan ini nanti akan dibuat kesimpulan berkisarkan kesemua penerangan dan hujahan bagi topik yang diperjelaskan tadi.


1. PERANG DUNIA KEDUA.

Perang Dunia kedua menyaksikan pembentukan pakatan kuasa antara Amerika Syarikat dan sekutunya dalam menghadapi Nazi, German. Soviet Union merupakan salah satu sekutu yang penting kepada Amerika Syarikat dalam menghadapi tekanan Nazi di bahagian Eropah, khususnya Eropah Timur. Kejayaan pakatan Amerika Syarikat dan sekutunya berjaya mengalahkan Nazi, German, tetapi membawa masalah dalam hubungan Amerika Syarikat-Soviet Union pasca Perang Dunia Kedua.

Apatah lagi selepas Perang Dunia kedua, kedudukan kuasa-kuasa besar lain seperti Britain dan Perancis agak lemah kerana menumpukan kepada kestabilan semula ekonomi dan empayar mereka kesan dari peperangan tersebut. Kelemahan dan kejatuhan dua buah kuasa besar ini membawa kepada kebangkitan kuasa Amerika Syarikat dan Soviet Union dalam menentukan Order Baru dunia pasca perang sehingga mencetuskan krisis dalam hubungan kedua-dua kuasa besar ini.


2. PERMULAAN PEMBENTUKAN KUASA AMERIKA SYARIKAT.

Bagi melihat bagaimana Amerika Syarikat boleh menjadi sebuah kuasa unipolar, perlu juga kita mengimbau kembali sejarah berlakunya Perang Dingin atau Cold War yang telah diperkenalkan oleh Bernard Baruch dan kemudiannya dipopularkan oleh seorang wartawan yang dikenali sebagai Lippman sekitar tahun 1947 setelah berakhirnya Perang Dunia kedua (1939-1945). Istilah Cold War atau Perang Dingin merujuk kepada hubungan dingin dan tegang antara Soviet union dengan kuasa barat ketika itu, terutamanya Amerika Syarikat. Pada masa yang sama, turut menjelaskan bahawa kerjasama antara blok barat dan Timur yang pernah bersama menentang Nazi telah berakhir.

Dengan erti kata yang lain, perang Dingin bermula sebagai kesan daripada berakhirnya Perang Dunia II (1939-1945). Amerika Syarikat dan Soviet Union yang menjadi kuasa dominan selepas Perang Dunia II menjadi musuh selepas kekalahan gabungan Adolf Hitler dengan sekutunya. Masalah yang berlaku dalam hubungan Soviet Union dan Amerika Syarikat sering dikatakan berpunca daripada ideologi komunis yang bertentangan dengan ideologi demokrasi yang diperjuangkan oleh Amerika Syarikat selepas Perang Dunia II. Pada awalnya ideologi bukanlah penyebab kepada ketegangan antara Soviet Union dan Amerika Syarikat, namun selepas Perang Dunia II, hubungan kedua-duanya menjadi tegang dan ideologi dijadikan propaganda utama dalam menerangkan mengapa wujudnya konflik antara Amerika Syarikat dan Soviet Union.

Selain isu ideologi, perlumbaan penciptaan senjata nuklear juga menjadi penyebab kepada konflik Amerika-Soviet. Ketidakpercayaan di kalangan kuasa-kuasa besar semasa Perang Dingin membawa kepada satu situasi di mana berlakunya curiga-mencurigai antara satu sama lain tentang kehebatan teknologi senjata masing-masing. Persaingan yang bersungguh-sungguh dan jelas dalam perlumbaan senjata antara Amerika Syarikat dan Soviet Union, sama ada tentera laut atau udara yang telah dilaksanakan dengan gigih, tekun, dan tanpa henti.

Apatah lagi kedua-dua pihak yakin bahawa melalui kekuatan ketenteraan, mereka tidak akan tergugat jika diancam oleh pihak musuh. Amerika Syarikat sendiri berpendapat bahawa usaha negara tersebut untuk menghapuskan ancaman komunis akan tercapai sekiranya Amerika Syarikat telah mempunyai persediaan militeri yang kuat dan mencukupi. Perlumbaan dalam bidang senjata membawa kepada pengeluaran senjata atom yang paling berbahaya yang dicipta dengan begitu banyak oleh kuasa-kuasa besar antaranya Amerika-Soviet.

Pada dua setengah abad pertama Perang Dingin, Soviet Union mula merasa ketinggalan dan kekurangan daripada Amerika Syarikat dalam semua aspek dalam penciptaan senjata, kecuali pemilikan tenaga buruh yang ramai berbanding Amerika Syarikat. Malah Soviet Union juga bimbang bahawa ketegangan di peringkat antarabangsa antara Amerika-Soviet berhubung beberapa isu seperti di German boleh mencetuskan perang yang baru antara mereka. Pada 1955 di dalam Persidangan Warsaw, Soviet Union telah mengemukakan cadangan supaya Amerika Syarikat dan Soviet Union hanya patut memiliki tentera yang tidak melebihi daripada 1 juta ke 1.5 juta orang sahaja. Mereka tidak wajar memiliki tentera melebihi angka tersebut kerana ianya boleh menggugat keamanan antarabangsa dan propaganda perang.

Selain perlumbaan penciptaan senjata perang, ekonomi juga menjadi faktor yang membawa kepada konflik antara Amerika Syarikat dengan Soviet Union. Ini kerana kedua-duanya mengamalkan sistem ekonomi yang berbeza antara satu sama lain. Amerika Syarikat muncul dengan sistem ekonomi kapitalis dan ingin mengembangkan sistem ekonomi ke semua negara termasuk ke eropah. Dasar ekonomi kapitalis ini menjadi saingan kepada Soviet Union yang muncul dengan sistem komunisme atau Marxis. Ini telah membawa kepada persaingan kuasa di antara mereka untuk mempengaruhi negara-negara lain, sama ada di Eropah, Asia atau Timur Tengah untuk menjalinkan hubungan perdagangan dengan mereka. Tambahan pula apabila tamatnya Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat menunjukkan minatnya untuk menguasai perdagangan minyak di Arab Saudi dan Teluk Persian. Kesan daripada itu, Amerika Syarikat mula meningkatkan hubungan dengan negara-negara Arab di Timur Tengah.

Antaranya ialah tindakan Amerika Syarikat untuk melihatkan kuasanya di timur tengah dan keputusan Amerika Syarikat untuk memberi bantuan yang besar dari sudut ekonomi dan militeri kepada negeri-negeri di timur tengah. Ini sebenarnya didorong oleh perasaan takut Amerika Syarikat sekiranya pengaruh Soviet Union dapat menembusi negara-negara timur tengah. Malah sebagai usaha menyekat ekonomi Soviet Union yang merupakan antara negara pembekal minyak, Amerika Syarikat telah mendesak semua negara pengeluar minyak di Arab Saudi, termasuk negara bukan OPEC (Organization of Petroleum Exporting Countries), supaya mengeluarkan minyak sebanyak yang mungkin. Tujuannya ialah supaya negara luar tidak mengadakan hubungan perdagangan minyak melalui Soviet Union.

Selain isu ekonomi, penghapusan sistem Komunisme turut menjadi isu kepada konflik Perang Dingin antara Amerika Syarikat dan Soviet Union. Sejak tempoh 1960-an hingga 1970-an, usaha Amerika Syarikat untuk memerangi komunis memang tidak pernah terhenti. Pemimpin-pemimpin Amerika Syarikat memahami mengenai masalah Perang Dingin dan mereka berusaha untuk menghalang ancaman Soviet Union dengan pelbagai cara. Negara Cuba misalnya, bukanlah pada awalnya dilihat sebagai negara yang dapat menggugat keselamatan Amerika Syarikat. Tetapi pada masa pemerintahan President John F.Kennedy, negara Cuba telah menjadi medan pertempuran antara Amerika Syarikat dan Soviet Union.

Selain Cuba, Afghanistan juga menjadi punca konflik Amerika Syarikat dan Soviet Union. Hubungan negara Afghanistan dan Soviet menjadi baik setelah Amerika Syarikat menarik diri daripada Asia tengah, serta penambahan kuasa dan kedudukan Soviet Union sebagai kuasa besar selepas Perang Dunia Kedua. Sejak itu, hubungan Afghanistan dengan Soviet Union bertambah baik, malah Soviet Union telah banyak membantu Afghanistan, sama ada dari segi ekonomi mahupun militeri untuk membangunkan negara tersebut. Namun Amerika Syarikat menyatakan bahawa Soviet union telah menceroboh masuk ke dalam negara Afghanistan. Soviet menafikan dakwaan tersebut dengan menyatakan bahawa kemasukan Soviet Union adalah atas jemputan Presiden Afghanistan iaitu Mohamed Amin, untuk menghapuskan pemberontak Islam yang menggelarkan diri mereka sebagai Mujahiddin. Bagi Amerika Syarikat, Soviet Union seharusnya berundur dari Afghanistan kerana penaklukan Afghanistan akan mendedahkan negara-negara Teluk kepada pengaruh komunis yang boleh menggugat kepentingan Amerika Syarikat ke atas negara-negara yang kaya dengan minyak itu.

Sebaliknya, Soviet Union menegaskan bahawa apa yang mereka lakukan di Afghanistan adalah sama seperti apa yang dilakukan oleh Amerika Syarikat dalam Perang Vietnam.

3. KUASA UNIPOLAR AMERIKA SYARIKAT.

Selepas kejatuhan Soviet union, Amerika dilihat sebagai satu-satunya negara yang masih mengekalkan kuasa dari segi ketenteraan, kekukuhan ekonominya dan sokongan dari beberapa negara yang berpengaruh dan ditakuti oleh kebanyakan negara. Kebelakangan ini, sering dikatakan bahawa Amerika Syarikat merupakan suatu kuasa unipolar tanpa dapat digugat oleh mana-mana negara. Ini dapat dilihat apabila Amerika Syarikat mula menyerang Vietnam atas alasan ingin menghapuskan sistem Komunisme yang bertapak di Vietnam. Amerika Syarikat telah mendapat sokongan dari beberapa negara seperti Australia, New Zealand, Korea Selatan, Filipina, Vietnam Selatan(pada ketika itu) dalam melancarkan serangan dan Vietnam pada ketika itu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Vietnam Utara yang dikuasa oleh Negara China dan Russia (komunis) manakala Vietnam selatan dikuasa oleh Amerika Syarikat dan sekutunya (kapitalis).

Bagi Amerika dan sekutunya, sistem Komunis menindas kebebasan dan keupayaan individu. Namun bagi Russia dan China, sistem Komunis mampu menghindarkan rakyat daripada ditindas oleh golongan Kapitalis. Maka, peperangan tercetus. Tidak setakat itu sahaja Amerika bertindak. Walau bagaimanapun peperangan itu dimenangi oleh pihak Komunis dan Amerika Syarikat dan sekutunya terpaksa berundur. Namun, kekalahan itu tidak menjatuhkan semangat Amerika untuk bertindak dengan cara lain. Amerika Syarikat telah mengenakan sekatan perdagangan terhadap Vietnam dan ini telah menyebabkan ekonomi Vietnam merundum. Amerika Syarikat akan menggunakan apa sahaja cara untuk mencapai matlamatnya.

Apa yang menghairankan, bagaimana Amerika boleh dilihat sebagai sebuah kuasa unipolar yang agung di dunia? Persoalan ini harus di perjelaskan dengan melihat, aktor yang ada disebalik Amerika Syarikat. Secara umumnya seseorang individu tidak mampu menjadi kuat selamanya melalui kekuatan fizikalnya semata-mata. Keupayaan minda juga tidak akan kekal lama tanpa mempunyai sokongan dari pelbagai pihak. Sebagai contoh; Mantan Perdana Menteri Malaysia, Y.Bhg. Tun Mahathir juga, tidak akan dapat mencapai pengaruhnya yang tersendiri tanpa sokongan ramai. Justeru, Amerika Syarikat juga dilihat tidak akan dapat menjadi sebuah kuasa unipolar yang berpengaruh di dunia tanpa sokongan beberapa organisasi dan negara. Maka timbul persoalan;
1. Siapakah yang menyokong Amerika Syarikat ini?
2. Apakah kepentingan mereka untuk memberi sokongan kepada tindak-tanduk Amerika Syarikat ini?.

Kita sedia maklum bahawa Amerika Syarikat merupakan antara negara yang terbesar di dunia dan juga mempunyai jumlah ketenteraan yang besar serta kelengkapan ketenteraan yang tercanggih didunia. Perkara ini telah menjadi kelebihan bagi Amerika Syarikat bagi mendapatkan sokongan dari negara-negara kaya seperti; Israel, Switzeland, Norway, Britain dan sebagainya dalam melancarkan serangan. Sokongan ini boleh jadi dalam bentuk kewangan dan ketenteraan. Negara-negara kaya ini banyak membantu Amerika Syarikat dalam melancarkan serangan ke negara-negara yang bergolak.

Negara-negara ini sentiasa memberi sokongan kepada Amerika Syarikat kerana mereka mengharapkan Amerika Syarikat akan dapat membantu mereka sekiranya mereka menghadapi masalah seperti konflik antara negara, berlaku kegawatan ekonomi domestik, serta mahu melebarluaskan pengaruh mereka. Dengan bantuan Amerika Syarikat, maka impian mereka mudah dicapai kerana tidak ada negara yang mampu menentang kehendak Amerika Syarikat walaupun pada hakikatnya tindakan Amerika Syarikat itu tidak dipersetujui oleh badan dunia iaitu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

4. PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) DAN AMERIKA SYARIKAT.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang dibentukkan di San Francisco, California pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia II. Keahliannya terbuka kepada semua negara di seluruh dunia. Matlamat-matlamat utamanya, sebagaimana yang ditetapkan dalam piagam PBB, adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia.

Piagam PBB ialah untuk menyelamatkan generasi-generasi akan datang daripada kesengsaraan peperangan, selain itu ia juga menjaga hak-hak asasi manusia, hak-hak kesamarataan lelaki dan perempuan serta negara-negara besar dan kecil, ia juga mengangkat keadilan dan menghormati undang-undang yang serta mempromosikan kemajuan sosial dan taraf hidup yang lebih baik dalam kebebasan yang lebih luas kepada masyarakat dunia. Maka untuk menjayakan maksud piagam PBB ini ia akan;

akan mengamalkan toleransi dan hidup bersama-sama dalam keamanan dengan satu sama lain sebagai jiran-jiran yang baik, dan
akan menyatukan kekukuhan antara negara untuk memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa, dan
akan memastikan, melalui penerimaan prinsip-prinsip dan institusi kaedah-kaedah, bahawa kuasa bersenjata tidak akan digunakan, kecuali untuk kepentingan umum, dan
akan menggunakan jentera antarabangsa bagi mempromosikan kemajuan ekonomi dan sosial untuk semua manusia.

Walaupun PBB menumpukan sebahagian besar daripada usaha-usahanya dalam bidang keamanan dan keselamatan, dalam banyak kes, ahli-ahli PBB telah menunjukkan keberatan untuk mencapai ataupun menguatkuasakan ketetapan-ketetapan Majlis Keselamatan. Misalnya pada 2003, Amerika Syarikat mengetuai serangan terhadap Iraq di tengah-tengah rasa tidak setuju yang kuat antara kebanyakan ahli-ahli PBB. Untuk hampir sedekad, Israel menentang ketetapan yang memerlukannya menghapuskan petempatan-petempatan di Tebing Barat dan Gaza. Kegagalan-kegagalan ini berpunca daripada sifat antara kerajaan PBB — dalam banyak hal, ia merupakan persatuan yang terdiri daripada 191 ahli negara yang harus mencapai sepersetujuan, dan bukannya sebuah pertubuhan yang bebas. Walaupun tindakan-tindakan telah diberikan mandat oleh Majlis Keselamatan, Sekretariat jarang diberikan sumber-sumber yang mencukupi untuk melaksanakannya.

Adakah PBB masih relevan bagi mengawal tindak-tanduk kuasa besar seperti Amerika Syarikat?

Di antara sebab yang menjadikan PBB tidak relevan pada masa ini ialah; Salahguna kuasa VETO. Lima buah negara menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan (Amerika Syarikat, Rusia, Britain, Perancis dan China) sering menggunakan kuasa Veto terhadap isu-isu yang menyentuh kepentingan mereka. Kuasa Veto ialah kuasa pembatal atau pemutus yang diberikan oleh PBB kepada kuasa-kuasa besar dunia dianggap istimewa. Ini kerana negara-negara tersebut boleh mengenepikan kutukan dan kritikan dari negara-negara anggota dalam Perhimpunan Agung PBB. Amerika Syarikat dan Rusia sering menggunakan kuasa Veto ini untuk kepentingan sendiri. Contoh : isu pencerobohan Rusia ke atas Afghanistan, isu Palestin dan isu pengeboman Amerika Syarikat ke atas Libya pada tahun 1987.

Selain itu PBB digunakan untuk kepentingan sendiri. Dalam keadaan tertentu PBB dijadikan alat oleh negara tertentu untuk mencapai tujuan politik negara tersebut. Kuasa-kuasa besar menggunakan PBB untuk menekan negara lain supaya tunduk kepada kemahuan mereka. Jelas Amerika Syarikat mendesak PBB supaya mewujudkan kumpulan pakar pengkaji nuklear yang ditugaskan oleh PBB menyiasat senjata-senjata di Iraq iaitu kuasa baru di Timur Tengah yang boleh mengugat kepentingan mereka. Pasukan penyiasat juga dikatakan sedang berusaha untuk menyiasat senjata nuklear di Korea Utara. Tindakan sedemikian sebenarnya didalangi oleh kuasa-kuasa besar.

Sebab lain pasukan tentera menghadapi masalah. Peranan pasukan tentera pengaman PBB juga menghadapi masalah terutama mengenai pembiayaan, diplomatik, kebenaran negara-negara terlibat halangan PBB dan menyerang dua kampung di Selatan Lebanon hingga menyebabkan 30 pejuang Hizbulah terbunuh, dianggap paling hebat kepada imej dan maruah PBB. Menurut laporan, tentera Israel dan askar PBB bertumbuk ketika pasukan Israel mara ke kampung Kafra dan Yater. Dua askar PBB cedera dalam pergaduhan itu. Israel juga menggunakan jentolak untuk melanyak dua buah kenderaan PBB yang diletak di tengah jalan bagi menghalang kemaraan Israel. Tindakan Israel ini juga dilihat oleh Amerika Syarikat sebagai tindakan yang adil sama seperti menjaga hak dan kebebasan individu padahal Israel dan Amerika Syarikat adalah sekutu yang sangat kuat. Apa sahaja tindakan yang diambil oleh Israel akan disokong oleh Amerika Syarikat dan begitu juga tindakan dari Amerika Syarikat turut disokong oleh Israel.

Selain daripada kegagalan PBB bertindak sebagai badan dunia, sokongan kuat dari Bank Dunia dan IMF turut membantu kepada pengekalan kuasa unipolar Amerika Syarikat. Kedua-dua badan kewangan dunia ini bertindak menyalurkan bantuan kepada Amerika Syarikat dalam membangunkan sistem ketenteraannya. Bantuan yang diberikan kepada Amerika Syarikat tidak dikenakan syarat yang ketat kerana Amerika Syarikat menyatakan bahawa pembangunan sistem ketenteraan mereka adalah untuk kepentingan semua.

Persoalan lain yang boleh dibincangkan ialah;
Bagaimana untuk mengawal kuasa unipolar Amerika ini?
Adakah Amerika dengan kuasa sokongan ini mampu mengekalkan keamanan dan kestabilan dunia?

Walaupun Amerika Syarikat telah menjadi satu kuasa besar dikala ini, namun tidak semua negara memperakui tindakannya. Misalnya serangan 11 September 2001 yang berlaku pada World Trade Centre (WTC) dilihat oleh penganalisis politik sebagai agenda Amerika untuk menghapuskan Islam. Mereka telah membuat cerita kononya Islam adalah pengganas. Walaupun mereka terpaksa mengorbankan aset mereka yang berbilion dollar termasuk nyawa, namun itu tidak dipedulikan oleh Amerika. Jumlah berbilio itu dapat dikumpul kembali apabila mereka memulakan siri serangan kepada negara-negara Islam yang kebanyakannya memiliki hasil minyak.

Tindakan Amerika Syarikat ini dilihat oleh kebanyakan negara bukan sekutunya sebagai menyalahi undang-undang antarabangsa dan kedaulatan negara kerana menceroboh sempadan negara lain tanpa mendapat keizinan negara tersebut dan PBB.

Bagi mendepani kuasa unipolar Amerika, negara-negara bukan sekutu perlulah membentuk gabungan yang besar yang mampu mempunyai kekuasaan ekonomi, politik, intelektual dan juga keselamatan. Tindakan demikian telah diambil oleh Kesatuan Eropah (EU) yang tidak menyenangi tindak-tanduk Amerika. EU dapat berdiri sebagai kuasa ekonomi yang dapat mencabar Amerika. Mereka menggunakan matawang yang sama yang dikenali dengan wang euro yang dapat menggugat dan menurunkan nilai matawang dollar Amerika hingga Malaysia sendiri ada rancangan untuk mensetarakan nilai wangnya berasaskan wang euro. Dari segi politik, EU berdiri teguh sebagai satu entiti atau blok tanpa dapat digugat oleh Amerika begitu juga dengan ketenteraannya jika dapat disatukan makan akan mampu mengugat Amerika Syarikat.

Bagi umat Islam yang mempunyai banyak negara (lebih dari 50 negara) dan mempunyai penduduk melebihi 1.5 bilion orang dan kaya dengan hasil petroleum mempunyai potensi menjadi satu kesatuan negara-negara yang kuat yang tidak boleh diperkotak-katikkan oleh kuasa luar, bahkan boleh menggugat dan mengancam mereka. Namun, malangnya, Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) tidak banyak membantu untuk mengugat kedudukan Amerika Syarikat. OIC seharusnya mendapatkan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa yang lain terutamanya PBB dan Negara-negara Berkecuali (NAM), ASEAN, Negara Selatan-Selatan, East Asia bagi menyatakan pendapat, cadangan, pandangan dan ancaman.

Pemilikan senjata nuklear juga mampu mengawal tindak tanduk Amerika seperti yang telah digunakan oleh Iran. Namun, Amerika menyatakan bahawa tindakan Iran mempunyai senjata nuklear akan merosakkan dunia. Namun jika difikirkan Amerika Syarikat juga telah terlebih dulu memiliki senjata Nuklear. Kenyataan Amerika Syarikat itu bukanlah kenyataan yang adil, sebaliknya kenyataan yang dilontarkan itu adalah kenyataan untuk memastikan hanya mereka sahaja yang mampu berkuasa didunia dengan adanya senjata paling berbahaya itu.

Namun peliknya, walaupun Amerika Syarikat memiliki kekuatan ketenteraan, kuasa politik, kewangan dan sebagainya, dunia tetap bergolak, siri perang saudara dan demonstrasi kepimpinan di dalam beberapa negara seperti di Mesir, Libya dan Somalia tetap berlaku. Justeru, apakah agenda Amerika ini? Mengapakah Amerika berdiam diri jika sesuatu rusuhan atau peperangan antara rakyat dan kerajaan di sesebuah negara itu berlaku? Jawapannya ialah Amerika hanya akan datang membantu kerajaan yang menjadi sekutunya dan mampu memberi pulangan yang menguntungkan kepada mereka sahaja. Sebagai contoh, siri perang saudara di Rwanda tidak langsung mendapat perhatian Amerika begitu juga dengan Thailand kerana negara yang bergolak itu tidak mempunyai hasil bumi yang menguntungkan Amerika sebaliknya siri demonstrasi untuk menjatuhkan Muammar Ghadaffi amat mendapat perhatian mereka kerana Libya terkenal dengan sumber minyaknya. Maka, tidak hairanlah mengapa Amerika begitu berminat untuk menghapuskan Muammar Ghadaffi.

Jelaslah kepada kita bahawa Amerika Syarikat yang dikatakan sebagai polis dunia menggunakan segala yang ada dari segi ketenteraan mahupun sokongan kuat dari sekutunya untuk menggugat negara-negara lain yang difikirkan boleh mendatangkan keuntungan kepadanya. Namun begitu, Amerika telah lupa bahawa tindakan mereka itu mengundang rasa tidak puas hati banyak negara kerana Amerika telah melanggar kedaulatan negara lain atas alasan memburu pengganas.

5. KESIMPULAN.

Ternyata Amerika Syarikat merupakan kuasa besar yang mampu mengugat kedaulatan negara lain dengan mencampuri hal ehwal dalaman negara yang sedang bergolak. Campur tangan Amerika ini tidaklah semata-mata ingin menyelesaikan konflik negara yang sedang bergolak sebaliknya mereka mempunyai agenda nakal dan jahat bagi kepentingan mereka.

Kehadiran Amerika Syarikat dalam sesebuah negara sememangnya mengundang rasa gelisah dan takut rakyat kerana belum pernah sejarah menunjukkan kehadiran Amerika Syarikat dalam membantu menyelesaikan konflik negara yang sedang bergolak diakhiri tanpa kematian. Malah yang menakutkan rakyat ialah, kehadiran Amerika ini meninggalkan kesan buruk kepada negara berkonflik kerana Amerika tidak membantu membangunkan semula runtuhan bangunan kesan dari peperangan tersebut dan ditambah lagi dengan jumlah kematian orang awam yang tidak berdosa kesan peperangan.

Namun begitu, kesan ini tidak mampu memberi sebarang jaminan bahawa Amerika Syarikat mampu membawa kestabilan dan keamanan kepada dunia, kerana sikap mereka yang mementingkan diri dan sekutunya dan bukan rasa tanggungjawab kepada kebajikan dunia sejagat. Kita masih boleh melihat bahawa banyak negara yang berkonflik dan mengalami kemiskinan seperti di Somalia, Rwanda, manakala Mesir dengan krisis pentadbiran dalamannya, di Libya pula masih dengan siri demonstrasi rakyatnya. Jika dilihat, negara yang disebut di atas adalah majoriti beragama Islam dan mengapakah Amerika tidak menghulurkan bantuan? Jelas menunjukkan bahawa mereka telah meletakkan peristiwa 11 September sebagai asas menganggap Islam sebagai pengganas dan tidak perlu dibantu. Sebaliknya menganggap negara Islam adalah negara yang melahirkan pengganas.

Bagi EU pula kuasa unipolar yang ada pada Amerika tidak menjejaskan kesatuan tersebut kerana kebanyakan negara kesatuan tersebut tidak mempersetujui tindakan Amerika mencampuri hal ehwal negara lain tanpa mendapat persetujuan dari PBB. PBB pula seakan-akan tidak mampu bersuara apabila Amerika menyuarakan hasrat untuk melancarkan serangan ke atas sesebuah negara. Seolah-olah PBB merestui tindakan Amerika Syarikat walaupun suara majoriti negara ahli menentangnya.

Justeru, kestabilan dan keamanan dunia tidaklah bergantung penuh kepada kuasa unipolar Amerika Syarikat, sebaliknya kestabilan dan keamanan itu datangnya dari sifat hormat menghormati kedaulatan negara lain dan tidak mencampuri hal ehwal dalaman negara jiran tanpa mendapat persetujuan dari PBB. Selain itu juga, kuasa besar lain seperti China, Perancis, Rusia, dan Britain turut mengimbangi kuasa Amerika dan mengecam tindakan yang melanggar undang-undang antarabangsa. Kuasa unipolar Amerika lebih banyak mendatangkan ketidakstabilan dan rasa huru-hara dunia kerana kehadiran Amerika Syarikat pastinya akan mengundang peperangan.



RUJUKAN

Fukuyama, Francis.1989. The End Of History.National Interest. Summer.
Huntington, Samuel P. 1997. The Clash of Civilizations and the Remaking of World
Order. Great Britain: Simon & Schuster UK Ltd. ms. 233.
Keohane, Robert & Joseph Nye. (sunt.).1972. Transnational Relations and World Politics. Cambridge, Mass.:Harvard University Press.
O’Meara, Patrick, Howard D. Mehlinger & Matthew Krain. (sunt.). 2000. Globalizations and the Challenges of a New Century: A Reader. Bloomington and Indianapolis:Indiana University Press.
Ryan, Stephen. 1990. Ethnic Conflict and International Relations. Dartmouth:Aldershot.
Spiegel, Steven L. (sunt.). 1977. At Issue: Politics in the World Arena. Ed. Ke 2. New York:St.martin Press.
Viotti, paul & Mark Kauppi. 1998. International Relations Theory: Realisme, Pluralisme, Globalism and Beyond. Ed. Ke 3. Boston: Allyn and Bacon.
Waltz, Kenneth. 1959. Man, State and War. New York: Colombia University Press.
Waltz, Kenneth. 1979. Theory of International Politics. New York: Mc-Graw Hill.
Watanabe, Paul Y. 1984. Ethnic Groups, Congress and American Foreign Policy. Westport, Connecticut: Greenwood Press.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Dingin

MASYARAKAT SIVIL : TIMUR TENGAH

Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, khususnya sepanjang era 80an dan 90an telah memperlihatkan kepada kita pelbagai kajian yang prolifik berhubung dengan peranan politik, ekonomi, sosial dan kedinamikan budaya dalam menjana proses pendemokrasian, khasnya di negara-negara bukan demokrasi. Kebanyakan kajian tersebut mempunyai pandangan yang berbeza berhubung dengan tahap sumbangan faktor-faktor tersebut dalam menjana proses pendemokrasian. Kajian yang dilakukan oleh Thompson (1993) terhadap proses pendemokrasian di Malaysia, Singapura dan Thailand, mendapati pertumbuhan pesat ekonomi negara berkenaan tidak menyumbang ke arah keterbukaan sistem demokrasi yang lebih demokratik.

Namun kajian yang dilakukan oleh Johnson (1989) di Korea Selatan mendapati bahawa pertumbuhan ekonomi memberi sumbangan ke arah proses pendemokrasian. Walau bagaimanapun ke semua kajian tersebut sependapat bahawa dalam proses tersebut, samada sebelum ataupun selepas proses peralihan-bukan demokrasi kepada demokrasi perubahan atau peralihan (transition) itu.

Bagi kebanyakan sarjana sains politik yang berkecenderungan melihat proses pendemokrasian sebagai suatu proses jangkitan (contagion process) hasil dari pengaruh-pengaruh antarabangsa, domestik seperti ketidakadilan pemerintah, konflik kelas, berpendapat masyarakat sivil terbentuk selepas proses hakiki (actual) pendemokrasian (dalam konteks ini dari negara authoritarian kepada demokrasi) selesai. Bagi kelompok sarjana politik yang berhujah dari perspektif sosiologi berpendapat bahawa masyarakat sivil sudahpun terbentuk atau wujud sebelum proses pendemokrasian berlaku.

Kedua-dua pendapat di atas sebenarnya bersandar kepada dua perspektif teori yang utama. Pertama ialah perspektif teori yang berhujah dan melihat hubungan masyarakat sivil atau lebih khusus, kessatuan sivil dengan tekanan politik kea rah mewujudkan pendemokrasian sistem politik tidak semestinya digerakkan oleh kelompok masyarakat yang bukan politik sifatnya. Kes gerakan pendemokrasian yang diketuai oleh gereja-gereja Katolik di kebanyakan negara-negara di Amerika latin seperti di Brazil, Peru, Chile, Amerika Tengah dan juga Panama sekitar tahun 1980an, umpamanya membuktikan bahawa kejayaan gerakan-gerakan tersebut adalah hasil dari strategi politik yang di atur oleh pencabar politik dan penentang politik (gereja katolik) terhadap kepimpinan atau regim autoritarian yang memerintah. Contoh tersebut jelas menggambarkan bagaimana di dalam proses pendemokrasian tersebut wujud kesatuan-kesatuan sivil yang bersifat masyarakat politik sebagaimana yang digambarkan oleh Stepan.

Di dalam melihat hubungan di antara masyarakat sivil dan gerakan pendemokrasian, perspektif teori yang pertama mentakrifkan organisasi masyarakat sivil sebagai sebuah organisasi sosial yang bebas, diuruskan secara kelompok atau persendirian iaitu tidak mendapat bantuan sama ada bersifat material atau bukan material daripada pemerintah, di mana ciri terpentingnya adalah bersifat autonomi dari mana-mana institusi politik. Bagi memastikan organisasi sivil berupaya menjalankan peranan politik, dan lebih utama muncul sebagai agen pendemokrasian yang berkesan dan mantap, menurut perspektif teori ini, organisasi sivil mesti mengamalkan tiga ciri sosial yang utama iaitu;

Pertamanya, sesebuah organisasi sivil mestilah dijalankan secara demokratik, menghormati unsur-unsur pluralism dan perbezaan berorganisasi, di mana ciri ini akan menjana proses penyuburan semangat demokrasi di antara ahli-ahli.

Keduanya, organisasi sivil juga harus mengajukan setiap agenda berorganisasi dalam konteks semangat demokrasi agar ianya mampu member kesan politik terhadap pemerintah untuk lebih telus system pemerintahannya dan akhirnya nanti membawa kepada pengamalan sepenuhnya ciri-ciri demokrasi dalam sistem politik.

Ketiganya, organisasi sivil mestilah juga bekerjasama dan saling membantu sesama mereka dalam mewujudkan kesepaduan tenaga dalam member tekanan politik kepada pemerintah untuk lebih liberal dan sudi berunding pada bila-bila masa.

Sesebuah organisasi sivil haruslah mempunyai sekurang-kurangnya tiga ciri asas ini sekiranya ingin memastikan aktiviti dan operasinya mendapat sokongan padu masyarakat umum, bukan sahaja terhadap isu-isu autonomi, tetapi juga usaha-usaha untuk merealisasikan sistem demokrasi. Dalam erti kata lain organisasi masyarakat sivil tidak boleh bertindak secara bersendirian untuk merubah sesebuah pemerintahan atau system authoritarian dan menggantikannya dengan demokrasi. Ini harus dilakukan dengan menjalinkan kerjasama dengan masyarakat politik.

MASYARAKAT SIVIL : PERSPEKTIF TEORI

Pemikiran Pluralis

Tradisi pluralis mentakrif konsep masyarakat sivil sebagai suatu jaringan tingkah laku warga sesebuah Negara atau masyarakat demokrasi dalam konteks “menyuburkan” amalan demokrasi yang telah sedia terbentuk. Jaringan tingkah laku ini dijelmakan dalam bentuk kesatuan sosial yang dibentuk berasaskan kepentingan khusus anggota masyarakat.
Kepentingan khusus tersebut pula adalah kepentingan yang bersifat mendatar, iaitu melampaui batasan kepentingan primordial seperti kaum, budaya, agama, bahasa dan lain-lain yang bersifat menegak. Contoh kepentingan mendatar dapat dilihat dalam konteks kesatuan sosial seperti Persatuan Pengguna, Persatuan Wanita, Pengakap, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Persatuan Belia, Persatuan Peniaga dan beberapa jenis yang seumpamanya.
Secara ringkasnya konsep masyarakat sivil yang dipelopori oleh tradisi pemikiran pluralis mengandungi beberapa cirri khusus, iaitu memperbaiki sistem politik yang telah sedia wujud(demokrasi) melalui pembentukan secara sukarela kesatuan sosial yang diasaskan kepada kepentingan yang khusus, serta bertindak sebagai pemantau sosial kepada sistem, dan bebas daripada pengaruh pemerintah.

Pemikiran Marxis
Pemikiran kedua berhubung konsep masyarakat sivil dipelopori oleh pemikiran Marxis yang didukung oleh Antonia Gramsci (1891-1937) dan kemudiannya dikembangkan oleh Jacek Kuron dan Adam Michnik pada awal 80-an di Poland.
Menurut Gellner (1995,32) masyarakat sivil ialah satu set institusi bukan kerajaan yang mempunyai kekuatan untuk mengimbangi kuasa kerajaan, menghalang tindak tanduk pemerintah yang bertentangan dengan nilai kemanusiaan. Ia juga bertindak sebagai pengawal keamanan dan penjaga kepentingan umum serta merupakan sebuah institusi yang mampu menghalang pemerintah daripada mendominasi dan memanipulasi majoriti masyarakat. (Gellner 1995,32).
Takrif yang diutarakan oleh Gellner menggambar makna khusus konsep masyarakat sivil yang didukung oleh tradisi pemikiran Marxis. Kerangka perbincangan tentang masyarakat sivil mestilah menumpukan diskusi perbincangan dalam konteks kesatuan sivil yang bersifat sebagai penentang (counter weight) kepada pemerintah.
Takrif yang diutarakan oleh aliran Marxis secara amnya menggambarkan kepada kita suatu fahaman atau persepsi bahawa masyarakat sivil adalah suatu entiti sosial yang bertindak untuk mengubah sistem masyarakat dan Negara daripada yang tidak adil kepada lebih adil.
Hasil dari perdebatan kedua-dua aliran ini, maka dapat disimpulkan tentang konsep masyarakat sivil iaitu;
· Kedua-dua aliran pemikiran tersebut sependapat bahawa masyarakat sivil adalah suatu bentuk kesatuan sosial yang bebas daripada pengaruh pemerintah serta mempunyai autonominya tersendiri.
· Kesatuan atau organisasi perantara antara massa dengan pemerintah
· Masyarakat sivil tidak mempunyai matlamat politik
· Masyarakat sivil adalah satu bentuk kesatuan yang bersifat sukarela.

MASYARAKAT SIVIL : TIMUR TENGAH

Semenjak sedekad lalu telah muncul apa yang dikatakan sebagai pertubuhan yang bersifat organisasi sivil di Timur Tengah. Dan kemunculan pertubuhan ini yang dilihat oleh para pengkaji politik Timur Tengah sebagai semi-autonomos ini bakal menjanjikan perubahan structural politik di Timur Tengah. Namun terdapat juga di sesetengah kalangan pengkaji yang sangsi serta mempersoalkan sejauh manakah pertubuhan-pertubuhan tersebut benar mampu untuk menggerakkan proses pendemokrasian di Timur Tengah. Kamrava (1996) umpamanya mengklasifikasikan pertubuhan dan kesatuan sivil di Kuwait sebagai pertubuhan yang tidak punya ciri-ciri yang bersifat pertubuhan sivil.

Pertubuhan sivil yang terdapat di Kuwait menurut beliau bertepatan untuk di klasifikasikan sebagai pertubuhan sivil dalam proses pembentukan sebuah pertubuhan sivil yang sepenuhnya. Demikian juga dengan pertubuhan yang terdapat di Syria, masih tidak mampu untuk membentuk sebagai sebuah organisasi sivil yang benar-benar bersifat autonomos. Di Syria menurut Kamrava (1996), pertubuhan-pertubuhan yang bersifat semi-autonomos kebanyakannya berjaya di co-opted oleh pihak pemerintah, daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang bersifat siviliti.

Hal yang hampir sama juga wujud di Mesir, di mana sebilangan besar aktiviti pertubuhan yang bersifat semi-autonomos tersebut, gagal untuk keluar daripada kepompong parochial daripada pihak pemerintah. Di Tunisia, kedudukan dan perkembangan masyarakat sivil di lihat tidak menentu, kesan daripada keupayaan pihak pemerintah untuk membendung rangkaian hubungan siviliti di kalangan pertubuhan yang berada di luar daripada pengaruh pemerintah. Namun sejak kebelakangan ini masyarakat sivil telah bangun dan menentang pemerintah akibat sifat diktator pemerintah. Ini adalah kesinambungan daripada insiden yang berlaku di bumi Mesir, di mana presiden telah digulingkan oleh rakyatnya sendiri.

Fenomena yang wujud di rantau Timur Tengah ini perlu kita fahami di dalam konteks masyarakat sivil itu sendiri. Tidak semua pertubuhan semi-autonomos berkecenderungan untuk membentuk sebuah pertubuhan yang benar-benar sivil sifat ini. Seperti mana yang telah kita fahami, bagi sesebuah organisasi sivil, idealism yang didukung oleh mereka ialah setiap aktiviti yang dilakukan adalah bertujuan untuk kepentingan sivil bagi seluruh masyarakat. Namun, terdapat juga pertubuhan yang hampir sama dengan pertubuhan sivil, tetapi tindakan atau aktiviti mereka hanya untuk melindungi kepentingan kelompok atau pertubuhan tersebut sahaja. Iaitu tindakan mereka tidak melangkaui batasan untuk mendesak pemerintah bagi kepentingan sivil keseluruhannya.

Contoh yang paling jelas ialah kelompok pertubuhan yang dikenali sebagai Bazaaris dan kumpulan Tribal. Di Timur Tengah kelompok Bazaaris adalah sebuah pertubuhan pedagang yang bersifat semi-autonomos, sementara Tribal adalah puak-puak social tertentu di dalam struktur masyarakat Timur Tengah. Tindakan dan aktiviti sivil mereka adalah bertujuan untuk melindungi kepentingan dan hak kelompok tersebut daripada tekanan pemerintah. Kelompok atau pertubuhan ini langsung tidak boleh disifatkan sebagai pertubuhan atau organisasi sivil yang bertindak sebagai agen pendemokrasian.

Sebagaimana yang telah kita fahami, masyarakat sivil atau organisasi sivil muncul kesan daripada kegagalan sistem pemerintahan untuk berfungsi secara sivil, yakni menjamin konsep hubungan pemerintah dan masyarakat terpelihara. Jika konsep ini hendak kita fahami dan aplikasikan dalam konteks Timur Tengah, maka kita akan berhadapan dengan permasalahan konseptual dalam memahami fenomena masyarakat sivil dan proses pendemokrasian ini. Di Timur Tengah, pemerintah berjaya mengawal masyarakat sivil sama ada dari sudut ruang atau organisasi daripada berfungsi dan akhirnya melemahkan pemerintah yang ada. Terdapat beberapa faktor yang menjelaskan perkara ini dalam konteks Timur Tengah.


Pertama, pemerintah di Timur Tengah khususnya di kalangan pemimpin yang bersifat authoritarian atau semi-autoritarian seperti di Iran, berjaya memanipulasi nilai-nilai social setempat bagi tujuan sokongan popular di kalangan rakyat. Pemimpin seperti Muammar Qadafi, Saddam Hussin, Hosni Mubarak, Raja Hussin dan kini anak beliau Raja Abdullah, Al-Malik Fahd adalah pemimpin di Timur Tengah yang berjaya memanipulasi nilai sosial setempat; iaitu dengan menonjolkan imej kepimpinan masing-masing yang bersifat father-figures; yang melindungi kepentingan nasional negara dan masyarakat di bawah tanggungjawab mereka. Retorikal kepimpinan yang bersifat nasional father-figures ini telah berjaya meraih sokongan popular masyarakat dan akhirnya mengukuhkan kepimpinan melalui konsep paternalisme.

Kedua, sifat semula jadi ekonomi-politik di Timur Tengah juga memainkan peranan dalam menghalang proses pendemokrasian oleh masyarakat sivil daripada berkembang di rantau tersebut. Dua aspek ekonomi politik di rantau ini memainkan peranan yang penting dalam konteks ini iaitu keupayaan pemerintah membendung dan menaungi perkembangan kelas menengah di rantau tersebut. Ini dilakukan melalui proses pembahagian sumber-sumber ekonomi-politik di kalangan kelompok kelas tersebut. Dari perspektif teori sosiologi, untuk proses pendemokrasian tercetus, ia memerlukan kepada kewujudan kelas menengah yang otonomi sifatnya dan bebas daripada hegemoni pemerintah. Di Timur Tengah keadaan ini belum benar-benar tercetus atau berkembang. Walaupun kelas menengah berkembang di Timur Tengah, tetapi ianya terbentuk melalui proses ekonomi-politik yang didukung oleh pihak pemerintah. Justeru, rata-rata kelas menengah yang terdapat di Timur Tengah hari ini, adalah kelas menengah yang ‘dihasilkan’ oleh pihak pemerintah. Kelompok Baazaris dan juga Tribal, walaupun ianya membentuk kelas menengah yang semi-autonomos daripada pemerintah, namun kelompok ini juga, dalam konteks aktiviti ekonomi amat bergantung kepada dasar-dasar yang diformulasikan oleh pihak pemerintah. Rangkaian hubungan sedemikian, sebenarnya tidak begitu kondusif terhadap kemunculan masyarakat sivil dan seterusnya menggerakkan proses pendemokrasian di rantau tersebut.

Ketiga, pengaruh pemerintah yang begitu kuat mengawal segala sumber ekonomi-politik dan seterusnya membendung kemunculan kelas sosial yang otonomi adalah juga elemen yang menghalang daripada tercetusnya proses pendemokrasian di Timur Tengah. Di sebalik gelombang liberalisasi ekonomi di Timur Tengah, khususnya di Turki, Tunisia, Mesir, majoriti negara di Timur Tengah, masih memainkan peranan yang sentral di dalam aktiviti ekonomi negara. Rekod pembangunan ekonomi di Timur Tengah menunjukkan bahawa, walaupun selepas proses liberalisasi ekonomi dilakukan, kebanyakan syarikat-syarikat korporat adalah milik negara atau punya hubungan yang langsung dengan pihak pemerintah. Hal ini dapat diperhatikan dengan jelas di negara Teluk, Turki dan juga Mesir. Malah di negara Iran, pemerintah masih lagi punya peranan yang sentral di dalam aktiviti ekonomi, walaupun selepas Revolusi 1979.

KEBANGKITAN MASYARAKAT SIVIL : TIMUR TENGAH (CONTOH : TUNISIA)

Peristiwa pada 17 Disember 2010 merupakan detik penting bagi sejarah di Timur Tengah. Tarikh keramat tersebut merupakan kebangkitan masyarakat sivil yang bermula di Tunisia akibat tindakan berani seorang remaja lelaki bernama Mohamed Bouazazi yang telah bertindak membakar dirinya kerana membantah tindakan polis merampas buah-buahan dan sayur-sayuran jualannya di warung jalanan.

Akibat dari insiden itu, ribuan belia bertindak liar dengan memecahkan cermin-cermin kedai dan merosakkan kereta-kereta menyebabkan polis wilayah bandaraya Tunisia melepaskan gas pemedih mata bagi meleraikan rusuhan tersebut.

Tunjuk perasaan yang berlaku di Tunisia ini tercetus disebabkan pengangguran, inflasi makanan, korupsi, ketiadaan kebebasan bersuara, dan kebebasan politik serta keadaan hidup yang tidak memuaskan. Tindakan masyarakat Tunisia bangkit menentang pemerintahan zalim Ben Ali telah mengakibatkan Presiden Tunisia yang memegang kuasa pemerintahan selama 23 tahun itu meletakkan jawatannya pada 14 Januari 2011.

Peristiwa yang berlaku di Tunisia menunjukkan bahawa faktor-faktor yang disebutkan di atas tadi belum tentu mampu mengawal aktiviti masyarakat sivil di Timur Tengah. Tindakan berani Mohamed Bouzazi telah membangkitkan rasa marah masyarakat sivil dan akibatnya revolusi berlaku bagi menumbangkan rejim Ben Ali.

Pemberontakan Tunisia ini telah mengilhamkan kepada masyarakat di negara-negara Timur Tengah supaya bangkit memberontak. Kesan dari revolusi Jasmin di Tunisia, negara Mesir pula menerima tamparan yang hebat sehingga menyebabkan Presiden Hosni Mubarak terpaksa meletakkan jawatannya. Selain itu, bantahan demi bantahan juga berlaku di Algeria, Yemen, Libya, Jordan, Bahrain, Iraq, Mauratania, Pakistan dan seluruh Timur tengah dan Afrika Utara. Fenomena ini seolah-olah menunjukkan bahawa sedang berlaku teori domino ke atas negara Timur Tengah.

Siri pemberontakan di timur tengah kebelakangan ini menunjukkan bahawa masyarakat sivil mampu bertindak agresif jika pemerintah gagal memerintah dengan baik. Walaupun di Timur Tengah dikatakan aman dari sebarang bentuk pemberontakan, namun jika dilihat keamanan yang wujud adalah disebabkan pemerintah menggunakan kuasa ke atas ketenteraan. Namun tindakan nekad remaja Tunisia (Mohamed Bouazazi) membakar diri telah membuka mata dunia bahawa jangan dipandang ringan sebarang bentuk tuntutan dari rakyat.

Seperti yang dikatakan oleh Karl Marx bahawa golongan proletar boleh menjatuhkan golongan Borjuis melalui revolusi ternyata benar walaupun pemberontakan yang berlaku di Timur tengah tidak melibatkan golongan Proletar dan Borjuis. Apa yang penting di sini ialah masyarakat sivil sememangnya mampu menumbangkan mana-mana pemerintah di dunia sekiranya pemerintah itu gagal menjaga kebajikan rakyat.

Kebaikan

Kebangkitan masyarakat sivil ke atas pemerintah yang zalim sememangnya dituntut dalam sistem demokrasi. Bermaksud jika terdapat mana-mana pemerintah yang gagal memerintah negara dengan baik, maka rakyat boleh menukar kerajaan melalui sistem pilihanraya untuk mengantikan kerajaan baru. Namun begitu tidak semua sistem pilhanraya berjaya menggantikan kerajaan yang zalim. Ini disebabkan pemerintah mampu mengawal agen birokrasi negara seperti Suruhanjaya Pilihanraya, Polis, Media dan sebagainya. Justeru, masyarakat sivil mengambil tindakan lain yang lebih memberi kesan iaitu melalui revolusi.

Dengan mengadakan revolusi, barulah pemerintah merasakan bahawa segala tindakan mereka diperhatikan oleh masyarakat dan kini masyarakat akan bertindak jika tindakan pemerintah tidak menguntungkan mereka. Revolusi ini amat berkesan bagi menekan pemerintah supaya sentiasa menjaga kebajikan rakyat.

Kelemahan

Kelemahan bentuk revolusi ini ialah mereka akan menyebabkan kegiatan ekonomi negara lumpuh. Selain itu juga, masyarakat sivil turus melinatkan golongan waanita, remaj dan kanak-kanak untuk bersama-sama mereka mengadakan pemberontakan. Apa yang menyedihkan kanak-kanak telah menjadi mangsa. Apa yang menyedihkan pihak berkuasa yang bertempur dengan masyarakat sivil ini langsung tidak mempunyai belas kasihan. Maka ramailah yang cedera disebabkan tindakan keras pihak tentera atau polis

RUMUSAN

Secara amnya dapat disimpulkan bahawa masyarakat sivil di Timur Tengah masih belum berada pada tahap untuk menjelma sebagai sebuah agen pendemokrasian di rantau tersebut. Ini disebabkan oleh dua faktor yang utama sebagaimana yang telah dibincangkan di dalam tadi. Pertama, keupayaan pemerintah untuk terus bertahan dikelompok kepimpinan dengan menjalinkan hubungan sosial dengan aktor-aktor utama masyarakat. Kedua, keupayaan pemerintah untuk memanipulasikan elemen sosial dalam konteks budaya politik masyarakat Timur Tengah di dalam kerangka modenisasi dan juga liberalisasi ekonomi.

Walau bagaimanapun peristiwa 17 Disember 2010 telah mengubah persepsi bahawa masyarakat sivil gagal menjadi agen pendemokrasian. Jelas pada kita bahawa kebangkitan masyarakat sivil di Tunisia telah menyebabkan seluruh negara Timur Tengah sedang mengalami proses revolusi dan teori Domino itu seakan-akan benar berlaku di Timur Tengah.

Kebangkitan masyarakat sivil disebabkan perasaan marah dan tidakpuas hati dengan tindakan kerajaan dan pemerintah yang gagal menyediakan peluang pekerjaan yang baik, gagal meningkatkan ekonomi negara, gagal menjaga kebajikan rakyat dan sebagainya. Maka demokrasi itu hendaklah telus dan adil kepada rakyat. Bukan semata-mata dari sudut tafsirannya sahaja namun pengisiannya juga mestilah jelas kerana demokrasi itu adalah dari rakyat, untuk rakyat kepada rakyat.

CARA ASEAN MENANGANI ISU SERANTAUNYA

Terputusnya hubungan diplomatik di antara Kuala Lumpur dan Manila (1962), konfrantasi Malaysia- Indonesia (1963), pemisahan Singapura daripada Malaysia (1965), Perang Vietnam dan Revolusi Kebudayaan di negara China, semuanya memisah dan menimbulkan rasa sangsi di kalangan negara di rantau itu. Namun dengan usaha gigih negara-negara anggota, ASEAN telah ditubuhkan bagi menyediakan rangka kerja dan mekanisma untuk kerjasama serantau melalui Deklarasi ASEAN di Bangkok pada 8 Ogos 1967.

Pada hakikatnya usaha ke arah kerjasama serantau telah pun bermula selepas Perang Dunia Kedua dengan terbentuknya beberapa kesatuan atau pakatan di antara negara-negara di Asia Tenggara. Di peringkat ini kerjasama serantau adalah ke arah usaha bagi mengekalkan kestabilan politik dan memulihkan ekonomi yang musnah akibat peperangan. Namun jangka hayat pertumbuhan serta pakatan ini adalah singkat oleh kerana konflik antara negara anggota. Di antara pertubuhan yang dibentuk pada masa itu ialah Pertubuhan Asia Tenggara (ASA), MAPHILINDO dan The Asian and Pasific Council (ASPAC).

Asia South East Association (ASA)

Pada 30 Julai 1961, ASA telah dibentuk hasil pertemuan Menteri-menteri Luar tanah Melayu, Filipina dan Thailand di Bangkok. Tujuan utama pembentukannya ialah untuk meningkatkan kerjasama sosio-ekonomi, kebudayaan serta pentadbiran. Walau bagaimanapun ASA telah gagal bertahan lama akibat daripada kelemahan struktur organisasi serta konflik yang kian memuncak di antara negara anggota terutamanya tuntutan Filipina ke atas Sabah dan konfrantasi Malaysia-Indonesia pada tahun 1963.


MAPHILINDO

Maphilindo telah ditubuhkan pada 31 Julai 1963 hasil cadangan Presiden Macapagal dari Filipina dan anggota Malaya, Filipina dan Indonesia. Namun akibat timbulnya konflik dalaman dan luaran antara negara-negara anggota telah membawa kepada kegagalan MAPHILINDO. Penubuhan Malaysia telah membawa tentangan hebat daripada Filipina yang menuntut haknya ke atas Sabah yang didakwa sebagai wilayah warisan Kesultanan Sulu. Begitu juga dengan Indonesia yang turut menentang oleh kerana adanya cita-cita Presiden Sukarno untuk mewujudkan “Indonesia Raya” melalui penggabungan semua kepulauan Melayu.

Pembentukan Malaysia dilihat sebagai halangan utama cita-cita beliau dan dianggap sebagai satu bentuk imperialisme dan dasar kolonialisme Barat ke atas negara-negara di Asia Tenggara. Konflik semakin nampak dengan pemisahan Singapura daripada Malaysia di atas alas an perbezaan sistem dan keinginan untuk mencapai kemerdekaan. Lantaran itu akibat konflik yang berlanjutan, MAPHILINDO akhirnya turut berkubur.

ASPAC

Tahun 1966 menyaksikan pembentukan satu lagi pertubuhan baru iaitu ASPAC yang dianggotai oleh Malaysia, Filipina, Thailand, Australia, Jepun, Taiwan, New Zealand, Korea Selatan dan Vietnam Selatan. Tumpuan pertubuhan ini ialah untuk menggalakkan kerjasama serantau di dalam bidang ekonomi, social dan kebudayaan di kalangan negara-negara Asia PAsifik. Seperti pertubuhan lain, ASPAC juga mengalami kegagalan, oleh kerana pertubuhan ini dikatakan tidak menggambarkan kerjasama serantau yang sebenarnya dengan adanya keanggotaan negara luar dari Asia Tenggara. Pada tahun 1975, ASPAC telah dibubarkan, namun ia telah memberi idea bagi pembentukan pertubuhan kerjasama serantau yang lebih mantap di Asia Tenggara.


Hasil daripada senario politik yang telah dinyatakan satu perbincangan rasmi telah diadakan di antara wakil kerajaan Malaysia, Indonesia dan Thailand di Bangkok pada 29 Mei hingga 1 Jun 1966. Tujuan perbincangan ini adalah untuk mewujudkan hubungan dan kerjasama yang lebih erat di kalangan negara-negara Asia Tenggara. Perbincangan seterusnya diadakan di antara menteri-menteri Luar Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina dan Thailand pada awal tahun 1967 di Bangkok telah merintis jalan ke arah pembentukan satu pertubuhan kerjasama serantau.

Akhirnya ASEAN telah ditubuhkan melalui Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967 dengan tujuan utama untuk mewujudkan kerjasama dua hala dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan demi kestabilan dan keamanan rantau Asia Tenggara.

OBJEKTIF PENUBUHAN ASEAN

ASEAN ditubuhkan dengan matlamat utama untuk kepentingan bersama serta mewujudkan kerjasama serantau dari segi politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan. Melalui konsep kolektif ini, negara-negara anggota ASEAN berkongsi tanggungjawab untuk memajukan tingkat sosio-ekonomi dan memastikan kestabilan serta keamanan serantau yang bebas daripada ancaman dan pengaruh kuasa luar.

Deklarasi Bangkok yang ditandatangani pada 8 Ogos 1967 telah menggariskan objektif utama ASEAN iaitu:

Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan pembangunan kebudayaan serantau melalui usahasama dalam semangat keamanan dan persahabatan demi mengukuhkan keamanan dan kesejahteraan seluruh komuniti di Asia Tenggara.

Mewujudkan keamanan dan kestabilan serantau menghormati keadilan dan undang-undang di dalam hubungan antara negara serta mematuhi prinsip-prinsip Carta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Mewujudkan kerjasama aktif dan saling membantu ke atas perkara-perkara kepentingan bersama dalam bidang ekonomi, sosial, kebudayaan, teknikal, saintifik dan pentadbiran.

Mengadakan kerjasama yang lebih berkesan untuk meningkatkan lagi aktiviti pertanian dan industri, meluaskan perdagangan dan komoditi antarabangsa, meningkatkan pengangkutan serta komunikasi dan taraf rakyat.

Mengekalkan kerjasama erat dengan organisasi antarabangsa dan serantau yang mempunyai matlamat sama serta mencari jalan merapatkan lagi kerjasama dengan mereka.

KERJASAMA ASEAN BAGI MENANGANI PELBAGAI ISU

Kerjasama serantau telah mula dipupuk semenjak di awal penubuhan ASEAN bagi menangani pelbagai isu. Kerjasama ini meliputi bidang yang luas iaitu politik, ekonomi, sosial kebudayaan, penerangan, pendidikan dan juga keselamatan. Di dalam bidang politik dan keselamatan misalnya, ASEAN amat menekankan konsep berkecuali sehingga melahirkan ZOPFAN. Pembangunan ekonomi negara-negara ASEAN juga turut mendapat perhatian dengan adanya perjanjian serta terbentuk badan-badan khas dalam menanganinya. Begitu juga kerjasama sosial, kebudayaan, pengangkutan dan komunikasi turut menjadi agenda utama ASEAN.

Namun ASEAN juga turut mengalami beberapa isu yang mengancam untuk menggugat perpaduannya. Di antaranya ialah perisytiharan Zon Ekonomi Eksekutif yang membangkitkan isu pertindihan sempadan laut antara negara anggota. Hal ini telah mengakibatkan konflik tuntutan hak ke atas beberapa buah pulau di sempadan perairan iaitu Pulau Spratly dan Pulau Batu Putih (telah diselesaikan di mahkamah antarabangsa).

Walau bagaimanapun ASEAN terus meningkatkan usaha agar kepentingan-kepentingan national tidak menjadi penghalang ke arah kerjasama yang lebih kukuh antara mereka. Di antara kerjasama yang dilakukan oleh ASEAN ialah:

ISU POLITIK DAN KESELAMATAN ASEAN

Isu politik dan keselamatan telah membawa kepada beberapa resolusi penting yang digunapakai oleh negara anggota ASEAN. Di antaranya ialah Zon Of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN), Treaty of Amity dan Cooperation in SEA (TAC), Declaration of ASEAN CONCORD dan Treaty on the South East Asia Nuclear Weapon-Free Zone (SEANWFZ).

ZOPFAN yang telah diisytiharkan dalam tahun 1971 menekankan semangat keamanan serta komitmen ASEAN untuk menjadikan rantau ini bebas daripada sebarang campur tangan kuasa luar. TAC merupakan ‘a code of international conduct’ yang memberi garis panduan perhubungan di antara negara-negara di rantau ini mengikut ketetapan Piagam PBB. ASEAN Concord yang diisytiharkan pada 1976 mengandungi prinsip-prinsip serta rangka kerja bagi kerjasama ASEAN dalam bidang politik, keselamatan, ekonomi dan fungsional. Sementara itu SEANWFZ merupakan sumbangan ASEAN ke arah usaha mengadakan perlucutan senjata nuklear sepenuhnya.

ASEAN Regional Forum (ARF) telah dibentuk pada tahun 1994 dan berperanan sebagai forum perundingan bertujuan ke arah mewujudkan ‘preventive diplomacy’ dan membina keyakinan di kalangan negara-negara di Asia Pasifik. Forum ini diwakili oleh sembilan ahli anggota ASEAN, Kemboja sebagai pemerhati, sepuluh sekutu dialog serta Papua New Guinea sebagai pemerhati kemputan. ARF telah bersetuju dengan tiga (3) peringkat pendekatan ke arah kerjasama iaitu:

(i) Membina keyakinan di kalangan negara anggota;
(ii) Mewujudkan ‘preventive diplomacy’
(iii) Memperkembangkan pendekatan menangani konflik


ISU EKONOMI ASEAN.

Ekonomi juga telah menjadi perkara penting di dalam polisi ASEAN semenjak penubuhannya. Semenjak berakhirnya Perang Dunia Kedua (WWII), kebanyakan negara di Asia Tenggara mengalami kemelesetan ekonomi disebabkan sekatan ekonomi dari kuasa besar. Maka, negara-negara di Asia Tenggara merasakan perlunya menjalinkan kerjasama bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi dan perdagangan di rantau ini. Bermula dengan beberapa aktiviti ekonomi di tahun-tahun 1960-an, kini kerjasama ekonomi semakin meluas di kalangan negara anggota ASEAN. Ini jelas dilihat dari komitmen yang kuat negara-negara ASEAN untuk menjadikan rantau ini sebagai kuasa ekonomi yang kuat dan dinamik.

Kerjasama ekonomi ASEAN meliputi usaha-usaha liberalisasi dan kemudahan perdagangan serta aktiviti pelaburan. Keputusan-keputusan tegas juga telah diambil untuk meningkatkan dan mengukuhkan kerjasama industri melalui satu skim baru yang mengambilkira keperluan industri serta keadaan ekonomi serantau ASEAN. Kemajuan juga telah dicapai di dalam kerjasama untuk memajukan sektor swasta dan perniagaan bersaiz kecil serta pertengahan.

Antara matlamat kerjasama ekonomi ASEAN di tahun 1990an termasuklah untuk:

v Melaksanakan AFTA sepenuhnya;
v Membangunkan rantau ini sebagai ‘global base’ bagi pengeluaran barangan yang bermutu dan menggunakan teknologi canggih untuk pasaran di Asia Tenggara;
v Meningkatkan keberkesanan industri rantau ini berdasarkan prinsip-prinsip ‘market sharing’ dan ‘resource pooling’;
v Meningkatkan daya tarikan rantau ini sebagai kawasan pelaburan serta destinasi pelancongan;
v Bekerjasama untuk meningkat lagi pembangunan infrastruktur yang dapat menyumbang ke arah suasana perdagangan yang lebih berkesan;
v Memastikan sumber-sumber yang banyak di rantau ini digunakan dengan efektif dan efisyen.

Kejayaan kerjasama ekonomi ASEAN merupakan hasil daripada kebijaksanaan dan ketegasan keputusan yang diambil semasa Deklarasi Bangkok pada tahun 1967, Deklarasi ini telah meletakkan asas kepada kerjasama ekonomi dan antara lain telah menekankan matlamat serta tujuan berikut;

- mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan pembangunan kebudayaan di rantau ini.

- Menggalakkan kerjasama aktif serta saling membantu di dalam hal-hal kepentingan bersama di bidang ekonomi, sosial, kebudayaan, teknikal, saintifik dan pentadbiran.

- Bekerjasama secara lebih efektif untuk meningkatkan penggunaaan sumber pertanian dan industri di rantau ini, meluaskan perdagangan, memperbaiki kemudahan pengangkutan serta komunikasi dan meningkatkan taraf hidup rakyatnya.

Langkah paling signifikan yang telah diambil untuk meningkatkan perdagangan di ASEAN merupakan pembentukan ASEAN Free Trade Area (AFTA) semasa Persidangan Kemuncak Keempat pada tahun 1992. Objektif utama AFTA adalah untuk meningkatkan kedudukan ASEAN sebagai ‘competitive production base’ untuk memenuhi pasaran dunia. Ini diharapkan dapat dicapai melalui perluasan perdagangan intra-ASEAN dan juga pengaliran masuk pelaburan luar secara terus.

The Common Effective Preferential Tarif (CEPT) Scheme merupakan mekanisma utama dalam merealisasikan AFTA. CEPT telah dilancarkan pada 1 Januari 1993 dan meliputi produk pengeluaran serta pertanian. Skim ini memerlukan pengurangan tariff bagi semua produk di dalam ‘Inclusion List’. Pengurangan tariff ini bermula semenjak tahun 1994 dan menjelang tahun 2003 tarif untuk semua produk di dalam ‘Inclusion List’ seharusnya tidak melebihi 5%.

ISU ALAM SEKITAR ASEAN

Pencemaran udara yang menyelubungi kebanyakan negara di ASEAN telah menyebabkan negara anggota mengadakan pertemuan bagi menangani isu pencemaran udara. Selain pencemaran udara, keprihatian ASEAN terhadap alam sekitar jelas terbukti apabila sering mengadakan pertemuan bagi menangani isu alam sekitar. Kerjasama ini bermula pada tahun 1977 apabila ASEAN Sub-regional Environment Programme (ASEP) disediakan. Di bawah kerjasama alam sekitar ini, ASEAN telah menubuhkan ASEAN Experts Group on the Environment (AEE) dan telah mengadakan pertemuan pertamanya di Jakarta pada bulan Disember 1978.

Aktivitinya termasuklah penjagaan laut dan hidupan laut, alam semulajadi, pencemaran udara dan sebagainya. Usahanya adalah ke arah mengimbangi di antara penjagaan alam sekitar dengan pertumbuhan ekonomi. Salah satu isu alam sekitar yang sering melanda negara ASEAN ialah berkaitan pencemaran udara (pembakaran terbuka).

Pembakaran terbuka dikesan berlaku di kawasan tapak perlupusan sampah, sisa pepejal di kawasan industri dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun serta pembakaran di hutan simpan. Keadaan pencemaran menjadi lebih serius pada musim panas yang berpanjangan kerana ia turut menyumbang kepada masalah jerebu yang menjejaskan kesihatan awam dan mengurangkan jarak penglihatan. Masalah jerebu yang melanda Malaysia pada 1997 menyebabkan hampir seluruh negara seolah-olah diselubungi asap. Malaysia misalnya, memandang serius isu pembakaran terbuka ini sehinggakan mempertingkatkan penguatkuasaan terhadap aktiviti pembakaran terbuka oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) di seluruh negara.

Di peringkat ASEAN, Persidangan Antarabangsa mengenai bahaya kebakaran Hutan dan Tanah 2002 pada Jun lalu mencapai kata sepakat mengadakan kerjasama melalui perjanjian bagi menangani masalah pembakaran hutan dan tanah yang pernah menyebabkan jerebu paling teruk di rantau ASEAN. Komitmen daripada negara-negara anggota dilihat sebagai usaha positif ke arah menangani dan memerangi masalah kebakaran terbuka dan jerebu. Perjanjian berkenaan ditandatangani menteri yang bertanggungjawab mengenai alam sekitar, menggariskan komitmen negara-negara anggota menangani masalah berkaitan pada peringkat kebangsaan dan serantau.

Perjanjian ini antara lain mengkehendaki negara-negara anggota bekerjasama mencegah jerebu melalui kawalan kebakaran, mewujudkan sistem amaran awal, bertukar-tukar maklumat dan teknologi serta menyediakan bantuan bersama. Perjanjian itu lebih kepada usaha sama negara-negara anggota dan bukan bertujuan menghukum negara anggota yang melanggar perjanjian berkenaan. Malah ia lebih tertumpu kepada bentuk kerjasama yang jelas menyatakan negara anggota perlu memberi bantuan kepada rakan lain.
Perjanjian itu adalah sebahagian antara Pelan Tindakan Jerebu Serantau yang diterima pakai oleh ASEAN selepas masalah jerebu yang teruk pada 1997 dan 1998 sehingga menyebabkan kerugian ekonomi sekitar RM34.2 billion (USD9 billion) termasuk menjejaskan pengeluaran pertanian dan sektor perlancongan.

KERJASAMA DAN HUBUNGAN DENGAN NEGARA LUAR

Komitmen ASEAN untuk meluaskan hubungan luarnya telah dimulakan semenjak Persidangan Ketua-ketua Negara ASEAN yang pertama di Bali pada tahun 1976. ASEAN telah melahirkan kesediaanya untuk mengadakan hubungan dan kerjasama yang akan memberi keuntungan bersama dengan negara-negara laini di rantau ini.

Kumpulan negara pertama yang menjadi fokus hubungan luar ASEAN merupakan negara rakan perdagangan utamanya. ASEAN telah mengadakan hubungan dialog sepenuhnya dengan Australia, Jepun, New Zealand, UNDP, USA, EU dan banyak lagi.

Hubungan dialog ASEAN telah berjaya menggalakkan perdagangan serta pelaburan, memberi kemudahan pemindahan teknologi dan pengetahuan, juga memudahkan kemasukan produk ASEAN ke dalam pasaran rakan-rakan dialognya. Ia juga membolehkan ASEAN mengadakan dialog tentang isu-isu serantau dan global dengan negara-negara utama dunia. Selain daripada itu hubungan tersebut telah dapat memastikan ASEAN mendapat bantuan pembangunan dan teknikal.

Kerjasama ekonomi telah menjadi bidang kerjasama yang paling penting di dalam hubungan ASEAN dengan rakan dialognya. Kerjasama ekonomi ASEAN meliputi bidang perdagangan dan pelaburan, pembangunan industri, pemindahan teknologi, tenaga, komunikasi, pengangkutan dan pelancongan. Di antara kerjasama yang dijalankan dengan negara luar ASEAN ialah; ASEAN-Amerika Syarikat, ASEAN-Australia, ASEAN-European Union, ASEAN-Republic Rakyat China (RRC), dan ASEAN – Kanada.

ASEAN – AMERIKA SYARIKAT

Dialog ASEAN Amerika Syarikat telah wujud secara formal pada tahun 1977. ia menumpukan kepada penyertaan aktif sektor swasta di dalam meningkatkan kerjasama. Melalui projek ASEAN Private Investment and Trade Opportunities (PITO), kerjasama pembangunan serta perdagangana dan pelaburan telah dapat diperkukuhkan.

Perdagangan ASEAN – Amerika Syarikat dirancakkan lagi dengan permbentukan US-ASEAN Business Council. Majlis ini merupakan organisasi swasta utama yang mewakili kepentingan sector swasta di Amerika Syarikat. Majlis ini bertujuan untuk meluaskan kedudukan persaingan Amerika Syarikat dalam bidang perdagangan dan pelaburan di rantau Asia Tenggara. Ia menyediakan maklumat penting, serta mengadakan program-program untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan sektor swasta di negara anggota ASEAN.


ASEAN- EUROPEAN UNION

European Union (EU) merupakan rakan dialog ASEAN yang terawal di mana hubungan telah dimulakan secara tidak formal pada tahun 1972 dan menjadi formal dalam tahun 1980 melalui ASEAN-EU Cooperation Agreement.

Ianya merangkumi bidang yang luas iaitu termasuk perdagangan, perniagaan dan pelaburan, kepiawaian, hak-hak “intelectual property”, sains dan teknologi, alam sekitar, pembangunan sumber manusia, kawalan narkotik dan hubungan institusi.

Perjumpaan sering diadakan di antara Menteri-menteri Luar ASEAN dan EU serta Pegawai-pegawai Tinggi kedua-dua belah pihak bagi menetapkan arah tujuan hubungan ASEAN-EU serta mengendalikan kerjasama keduanya di dalam pelbagai bidang.

Hasil daripada hubungan ASEAN –EU maka lahirlah Asia Europe Meeting (ASEM) yang telah mengadakan Persidangan Kemuncak pertamanya pada bulan Mac 1996 di Bangkok. Sementara itu Menteri-menteri Luar ASEAN-EU telah mengadakan Foreign Minister Meeting di Singapura.

Antara kejayaan ASEAN-EU ialah berjaya menggalakkan pengaliran perdagangan dan pelaburan kedua-dua rantau, berjaya memperhebatkan pembangunan industri di mana lebih banyak penglibatan institusi kewangan EU di dalam projek-projek ASEAN dan pemindahan teknologi serta pengetahuan dari eropah. Melalui ASEAN –EU juga, lahirlah Asia Invest, European Business Information Centres (EBICs), ASEAN-EU Partnariat.


KESIMPULAN

Beberapa senario politik di Asia Tenggara pada pertengahan tahun 1960an telah menjadi faktor pendorong ke arah pembentukan pertubuhan serantau. Tercetusnya perang Vietnam pada tahun 1965 telah menyedarkan negara-negara di Asia Tenggara tentang peri pentingnya kerjasama dan perpaduan serantau bagi mengelakkan campur tangan kuasa luar. Perubahan pucuk pimpinan di Indonesia yang seterusnya menamatkan konfrantasi Malaysia-Indonesia telah berjaya mengurangkan ketegangan di Asia tenggara. Begitu juga dengan perlantikan Marcos sebagai Presiden Filipina telah mendinginkan isu tuntutan ke atas Sabah.

Lantas ini memungkinkan lagi wujudnya kerjasama sosio-ekonomi dikalangan negara-negara serantau. Ini ditambahkan lagi dengan keinginan untuk menjadikan Asia Tenggara sebagai kawasan aman dan stabil serta bebas daripada campur tangan kuasa-kuasa besar yang mahu meluaskan pengaruh masing-masing. Akhirnya, Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) telah ditubuhkan pada tahun 1967 oleh negara-negara pengasas yang terdiri daripada Malaysia, Filipina, Singapura, Indonesia, dan Thailand.

Bagi menangani pelbagai isu yang melibatkan negara anggota dan negara luar, ASEAN dilihat lebih banyak menerima teori Idealisma di mana sering mengadakan kerjasama antara negara anggota dan kesatuan luar serta organisasi antarabangsa. Misalnya bagi isu politik dan keselamatan, ASEAN telah mewujudkan ASEAN Regional Forum (ARF) yang berperanan sebagai forum perundingan bertujuan ke arah mewujudkan ‘preventive diplomacy’ dan membina keyakinan di kalangan negara-negara di Asia Pasifik. ZOPFAN pula menekankan semangat keamanan serta komitmen ASEAN untuk menjadikan rantau ini bebas daripada sebarang campur tangan kuasa luar.

Isu ekonomi juga turut diselesaikan dengan baik oleh ASEAN. Kerjasama ekonomi ASEAN meliputi usaha-usaha liberalisasi dan kemudahan perdagangan serta aktiviti pelaburan. Antara kejayaan ASEAN meningkatkan pertumbuhan ekonomi ASEAN ialah dengan wujudnya AFTA, Membangunkan rantau ini sebagai ‘global base’ bagi pengeluaran barangan yang bermutu dan menggunakan teknologi canggih serta meningkatkan keberkesanan industri rantau ini berdasarkan prinsip-prinsip ‘market sharing’ dan ‘resource pooling’.

Jelas di sini bahawa penubuhan ASEAN bukan lagi sia-sia seperti mana yang telah dikatakan oleh sesetengah pihak. Hasil jalinan kerjasama yang erat antara negara anggota dan kerjasama luar dengan organisasi antarabangsa, kini ASEAN menjadi sebuah pertubuhan yang disegani dan malah menjadi rakan dialog bagi pertubuhan serantau yang lain.

Wednesday, January 18, 2012

"I Love My Ecosystem"










Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.



I LOVE MY ECOSYSTEM


Program yang telah dijalankan di Kg. Dato' Hormat, Sg. Air Tawar. Sabak Bernam. Program ini telah mendapat pengiktirafan dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Ianya juga telah mendapat kerjasama dari YB Parlimen Sabak Bernam iaitu Datuk Abdul Rahman Bin Bakri, Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Jabatan Alam Sekitar Sabak Bernam, dan Masyarakat Setempat.

Tujuan utama Program Keprihatinan Alam Sekitar yang dinamai Program I Love My Ecosystem ini ingin dijalankan adalah untuk melengkapkan diri para pelajar yang terlibat secara praktikal untuk Kursus Pengurusan Persatuan 1 (HHHE 2011) dengan memberi sumbangan berbentuk khidmat bakti yang berkonsep pemahaman dan kesedaran kepada masyarakat sasaran.

PENGENALAN

Ekosistem merujuk kepada satu sistem dimana dua komponen, iaitu hidup (biotik) dan bukan hidup (abiotik) saling bertindak balas (timbal balik) di antara satu sama lain. Komponen hidup terdiri daripada manusia, haiwan, dan tumbuhan. Manakala komponen bukan hidup pula terdiri daripada unsur-unsur udara, cahaya, air, dan tanah. Kesemua komponen tersebut mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Setiap unsur komponen saling bergantungan untuk mewujudkan keadaan yang seimbang.

Menurut satu sumber, ekosistem adalah satu sistem yang dinamik. Sekirangan satu unsur dalam ekosistem berubah, maka keseluruhan ekosistem akan terganggu. Sebagai contoh, sekiranya hujan di suatu kawasan semakin kurang dalam masa panjang, keadaan tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar di kawasan tersebut akan berubah, sama ada tumbuh-tumbuhan itu layu atau mati, dan hidupan liar juga mati atau berhijrah ke kawasan lain.

Pada waktu ini, seperti mana umum ketahui, bahawa isu pemanasan global sedang hangat dibincang dan diperdebat di pentas global. Paras air laut telah meningkat pada satu tahap yang boleh menenggelamkan negara kepulauan seperti di Maldives, Tonga, Solomon, Kiribati, dan sebagainya.

Atas kesedaran inilah, satu program telah kami rangka untuk dicadangkan dan seterusnya agar dapat dilaksanakan oleh para pelajar jurusan Sains Sosial PBJJ, semester 7, di bawah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM melalui kursus HHHE2011, dinamai Program “I Love My Ecosystem”, dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Sabak Bernam dan komuniti masyarakat setempat, dan Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam.


MISI

Misi kami adalah menjadikan Program I Love My Eco System ini sebagai usaha dan langkah kesedaran kepada masyarakat sasar dan diri para pelajar sendiri akan penting menjaga ekosistem dan cintakan alam sekitar.


MATLAMAT

Matlamat utama pelajar PBJJ UKM melaksanakan program ini adalah:

4.1 Menerapkan nilai-nilai murni dalam jati diri mahasiswa dengan mewujudkan sikap saling bekerjasama dan bertanggungjawab dalam isu alam sekitar;
4.2 Membentuk para mahasiswa yang berkualiti dari segi pelajaran dan kepimpinan;
4.3 Menimbulkan kesedaran kepada mahasiswa dan masyarakat akan perlunya perpaduan itu dibentuk untuk menempuhi era globalisasi yang mula membawa revolusi di alam cyber dan teknologi; dan
4.5 Aktiviti ini juga untuk mewujudkan suasana yang lebih mesra, meriah dan pencambahan minda para pelajar bagi Pengurusan Persatuan 1 (HHHE 2011).

OBJEKTIF PROGRAM



Objektif Program I Love My Ecosystem adalah seperti berikut:
5.1 Untuk memberi pendedahan asas kepada masyarakat Kampung Dato’ Hormat, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam tentang ekosistem;
5.2 Untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat Kampung Dato’ Hormat, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam tentang kepentingan menjaga kebersihan sungai;
5.3 Untuk memupuk sifat kepimpinan dan semangat kerja berpasukan dikalangan peserta program, agar dapat melahirkan mahasiswa yang berkualiti dari segi akademik, ko-kurikulum, dan bertanggungjawab;
5.4 Untuk menjalin hubungan akrab di antara UKM dengan masyarakat sasar (Kampung Dato’ Hormat, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam); dan
5.5 Untuk menjadikan program ini sebagai satu langkah pencegahan pemanasan global.

Program ini juga telah mendapat kerjasama dari Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan ianya telah pun ditayangkan di RTM1 pada 18 Januari Jam 4.45 petang dalam segmen Galeri Nasional.


Program ini amat baik kerana memberi kesedaran kepada penduduk kampung tentang pentingnya menjaga ecosistem dan alam sekitar demi masa depan generasi akan datang.


Sekian..... Ben Azwan





GAMBAR KENANGAN






Penulis menerima Sijil Penghargaan






Poster Program






YB Datuk Abdul Rahman Bakri sedang melepaskan benih anak ikan





Penulis dan rakan berkayak di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam




Penulis bersama rakan menunggu untuk dilepaskan